Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Shopee Affiliate Program : Cara Buat Duit Tanpa Menjual Di Shopee

buat duit menerusi Shopee Affiliate Program

Shopee secara rasmi memperkenalkan program affiliate sendiri iaitu Shopee Affiliate Program (SAP) dimana anda boleh buat duit tanpa menjual di Shopee. Hanya promot link affiliate Shopee anda sahaja.

Kita tahu platform Shopee ini menyediakan ruang jualan kepada seller untuk raih pendapatan dengan menjual barangan. Ternyata kini ianya menyediakan satu lagi platform atau cara bagi raih pendapatan tetapi tanpa menjual iaitu melalui program affiliate.

Affiliate ini seakan sama seperti drophip dimana setiap jualan, anda akan peroleh komisyen. Tetapi konsepnya lebih besar kerana anda tidak perlu pos barang atau hubungi pelanggan pun sebaliknya hanya kongsikan link affiliate sahaja. Jika ada yang tekan link tersebut dan buat pembelian serta bayaran, anda dapat komisyen.

BACA :

Anda bebas untuk promot semua barangan yang ada dalam Shopee tanpa had. Anda tukarkan link barang tersebut kepada link affiliate anda dan mula untuk kongsikan di halaman media sosial anda. Yang penting anda ada facebook, twitter, instagram, youtube, tiktok dan menjadikan ianya lebih mudah.

Shopee Affiliate Program (SAP)

Jika anda sertai program affiliate Shopee ini, anda juga sekali gus serta Shopee Ambassador Program (SAP) dimana melayakkan anda untuk promosi tawaran istimewa daripada Shopee setiap hari seperti waktu 9.9 sale, 12.12 sale, raya sale, cny sale dan macam-macam lagi.

Komisyen yang anda perolehi adalah berbeza mengikut kategori barang seperti : 

  • Jam Tangan - 2.00%
  • Automotif - 2.00%
  • Aksesori pakaian - 2.00%
  • Health & Beauty - 1.20%
  • Komputer - 1.20%
  • Telefon - 1.20%
  • Gaming - 1.20%
dan banyak lagi...

Sebagai contoh, jika anda promosi Realme Book i5 (RM3499) yang jatuh dalam kategori komputer, anda akan peroleh kadar komisyen 1.20% iaitu RM3499x1.2/100 = RM42 (Siapa nak bagi kan duit ni melainkan Shopee sendiri)

Bagaimana ianya berfungsi?

Mungkin anda perasan ramai yang konsgikan 'racun shopee' di facebook ataupun twitter dan dalam masa sama mereka meletakkan link Shopee yang mana itulah link affiliate dalam bentuk shp.ee/xxx.

Jika ada yang klik pada link tersebut dan buat pembelian, mereka akan dapat komisyen berdasarkan kategori barang tersebut.

buat duit menerusi link affiliate Shopee Affiliate Program

buat duit menerusi link affiliate Shopee Affiliate Program

Mudah je kan. Tak perlu keluarkan modal tetapi hanya perlukan kreativiti dan usaha saja untuk anda jana pendapatan tambahan menerusi Shopee Affiliate Program ini.

Berminat? Anda kini boleh muda daftar untuk sertai program ini.

Cara Daftar Shopee Affiliate Program (SAP)

Antara syarat utama untuk melayakkan anda sertai program affiliate ini anda mestilah mempunyai akaun Shopee, sudah ada ShopeePay dan mempunyai akaun media sosial (facebook, twitter, tiktok...)

1)  Daftar akaun Shopee Affiliate Program DISINI

2)  Ikut arahan yang ditetapkan dengan memasukkan butiran dan maklumat peribadi

3)  Jika sudah berjaya daftar. Langkah seterusnya, anda perlu sertai satu sesi penerangan daripada pihak Shopee berkaitan program ini melalui Zoom Meeting. Jangan risau, hanya ambil masa 30-45 minit sahaja. Anda akan belajar semuanya berkaitan affiliater pada masa tersebut.

4)  Selesai sahaja sesi penerangan. Anda sudah boleh akses dashboard Affiliate Shopee dan boleh terus untuk promot link affiliate anda

Jadi bagi mereka yang tidak berniaga tapi nak buat duit tambahan, boleh mula daftar Shopee Affiliate Program (SAP) hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.