Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Live Shopee (Streaming) Dengan Mudah

Cara Buat Live Shopee (Streaming) Dengan Mudah

Stream di Shopee Live adalah salah satu ciri yang disediakan oleh pihak Shopee khusus kepada semua seller berdaftar. Jadi jika anda berminat untuk buat live di Shopee, boleh ikuti langkah dan cara dibawah.

Shopee Live Streaming adalah sebuah saluran dimana pengguna atau bakal pelanggan boleh tonton video siaran langsung daripada seller kegemaran dan kemudian boleh berinteraksi atau menanyakan soalan berkaitan barang yang dijual.

Shopee Live ini khusus untuk Seller je tau. Buyer atau pelanggan tiada akses kepada ciri ini.

Ini sekali gus mewujudkan interaksi 2 hala. Anda sebagai pengguna boleh tanya terus kepada seller berkaitan barangan yang dijual yang mungkin anda sebagai buyer berminat untuk membeli.

Ketika sesi stream di Shopee Live, pengguna boleh 'follow' terus kedai anda, kemudian kongsikan live tersebut bersama rakan mereka yang lain. Ini pastinya akan meningkatkan penjualan bagi seller.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh lihat katalog barangan yang akan dikongsikan oleh seller semasa sesi live tersebut, jadi anda boleh terus tanyakan apa-apa soalan sehinggalah selesai acara siaran langsun tersebut.

Cara Buat Live Shopee Di Shopee

Syarat kelayakan untuk seller stream di Shopee Live mestilah telah meletakkan apa-apa produk di dalam kedai Shopee milik mereka. Sekiranya anda tidak mempunyai akses untuk buat Shopee Live, anda boleh DAFTAR SINI dan pendaftaran akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja.

Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan kualiti kamera yang baik.  Barulah ramai yang akan tonton video live Shopee anda nanti.

Shopee Live hanya boleh dilakukan melalui aplikasi Shopee sahaja. Tidak boleh dibuat menerusi laman web.

Cara buat live Shopee:

1)  Buka aplikasi Shopee (KLIK SINI) > Me > Live Streaming dan klik "Create Stream"

cara buat shopee live

2)  Masukkan gambar beserta deskripsi dan produk berkaitan atau yang anda ingin jual. Kemudian klik Next > Go Live untuk mulakan live anda

cara buat shopee live

Semasa dalam sesi live tersebut, anda boleh juga sediakan baucer untuk pelanggan anda supaya membeli barang di kedai Shopee anda. Ini caranya:

cara buat shopee live

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hadiahkan coins untuk pelanggan bila mereka menonton live anda. Ini sebagai hadiah kepada penonton dan menggalakkan lebih ramai yang akan tonton Shopee Live anda

Ini caranya :

1)  Pergi ke aplikasi Shopee (KLIK SINI) > halaman Me > My Shop dan klik pada Marketing Center

coins shopee live

2)  Kemudian klik pada Coins dan tekan Top Up untuk tambah jumlah coins anda mengikut harga yang ditetapkan (2,000 coins = RM20, 3,000 coins = RM30 etc)

coins shopee live

3)  Jika sudah selesai klik pada Pay Now > pilih cara bayaran dan tekan Pay

coins shopee live

 Untuk maklumat lanjut berkaitan Shopee Live, anda boleh rujuk FAQ Shopee