Berapa Lama Nak Sampai Barang China Guna Standard Delivery Dan Sea Shipping Shopee?

Berapa Lama Nak Sampai Barang China Guna Standard Delivery Dan Sea Shipping Shopee?

Mungkin sekarang anda perasan Shopee dah tak selalu bagi free shipping untuk barangan daripada China seperti dulu. Oleh itu sebagai ganti, mereka menawarkan 2 jenis penghantaran iaitu Standard Delivery dan Economy Delivery (Sea Shipping).

Jika dulu, kebiasaanya kita boleh dapatkan harga barangan 10sen sehingga RM1 untuk barang-barang kecil daripada China bersama free postage. Jadi pengguna hanya perlu bayar 10sen sahaja untuk barang tersebut.

Seperti contoh, mungkin dapat beli phone stand, pengikat rambut, pen, stiker, tisu, keychain dan banyak lagi. Kebiasaanya harga kurang daripada RM1. Jadi pastinya ramai yang dapatkannya jika barang tersebut diperlukan.

Berapa Lama Nak Sampai Barang China Guna Standard Delivery Dan Sea Shipping Shopee?

Tetapi kini, anda masih lagi boleh dapatkan free shipping tersebut tetapi hanya tempoh-tempoh tertentu sahaja iaitu melalui kempen yang diumumkan oleh Shopee untuk waktu terhad. Masa itulah, baru anda boleh dapatkan barangan dari China dengan free shipping.

BACA : Shopee Affiliate Program : Cara Buat Duit Tanpa Menjual Di Shopee

Untuk waktu-waktu lain, tiada lagi free shipping dan anda perlu bayar tetapi diberikan 2 pilihan iaitu Standard Delivery dan juga Economu Delivery (Sea Shipping).

Standard Delivery

Untuk standard delivery ini, anda perlu membayar caj penghantaran iaitu sebanyak RM4.50 untuk setiap pesanan dan anda akan menerima dalam masa 7-14 hari. Kebiasaanya akan sampai dalam 7 hari sahaja jika anda menggunakan Standard Delivery jika membeli barangan daripada Mainland China.

Berapa Lama Nak Sampai Barang China Guna Standard Delivery Dan Sea Shipping Shopee?

Seperti dalam gambar, ianya menggunakan standard delivery, RM4.50 tetapi admin dapat baucer free shipping ketika kempen sedang berlangsung. Jadi hanya perlu bayar barang phone stand sahaja, 14sen. Murah gila!

Economy Delivery (Sea Shipping)

Kini Shopee telah memperkenalkan satu lagi pilihan kaedah delivery iaitu penghantaran melalui laut. Masih perlu bayar tetapi caj lebih murah iaitu RM1.50 sahaja bagi setiap barang.

Walaubagaimanapun, kaedah Economy Delivery ini akan mengambil masa dalam 20-30 hari. Pengalaman admin sendiri, ianya mengambil masa 16 hari untuk sampai ke Malaysia daripada Mainland China.

Berapa Lama Nak Sampai Barang China Guna Standard Delivery Dan Sea Shipping Shopee?

Seperti dalam gambar, admin terpaksa juga bayar delivery iaitu RM1.50 sebab buacer free shipping dah habis. Jadi kena bayar RM1.68 sahaja. Masih murah!

Jadi terserah kepada anda, jika rasa barang itu penting dan urgent, anda boleh gunakan Standard Delivery dan jika tidak, boleh sahaja menggunakan Sea Shipping yang jauh lebih murah tapi lambat la sikit sampai rumah.

Jadi nak free shipping, tunggu pengumuman daripada Shopee bila mereka ada buat promosi. Kemudian jangan lupa claim baucer free shipping tu nanti.