Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lebih jimat! Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

Lebih jimat! Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

Bagi pengguna prepaid, selain dapatkan topup secara fizikal di kedai-kedai, sebenarnya anda boleh topup telefon anda secara online sahaja iaitu menerusi aplikasi Shopee.

Selain memudahkan dan menjimatkan masa, Shopee juga selalu menawarkan tambah nilai dengan harga yang lebih murah daripada beli topup di luar.

Kebiasaanya, Shopee menawarkan potongan sehingga 4% bagi semua nilai. Sebagai contoh, jika anda ingin topup RM10, anda hanya perlu bayar RM9.57, RM30 (RM28.73), RM50 (RM47.88) dan seterusnya. Walaupun tak banyak, tapi lebih jimat kan.

Cara topup prepaid menggunakan Shopee

Melalui Shopee, terdapat lebih 10 jenis telco yang boleh anda gunakan seperti hotlink, digi, xpax, u mobile, yes, redone, xox, tunetalk dan banyak lagi.

BACA : Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

Terdapat 2 cara untuk anda tambah nilai nombor telefon anda iaitu menerusi topup secara terus atau topup menggunakan reload pin. Anda boleh pilih

1)  Buka aplikasi Shopee dan klik pada bahagian "Tickets, Top-ups & Bills" kemudian pilih "Mobile Reloads"

Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

2)  Kemudian pilih telco bagi nombor telefon anda seperti yang dipaparkan.

Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

3)  Jika sudah pilih, masukkan nombor telefon yang digunakan dan pilih jumlah tambah nilai yang anda mahu. Klik "Checkout" untuk proses seterusnya

Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

4)  Pilih cara bayaran sama ada menggunakan ShopeePay, kad kredit/debit, perbankan online dan sebagainya. Jika sudah, klik pada "Confirm" dan "Pay Now"

Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

5)  Jika sudah berjaya, topup akan terus dimasukkan ke dalam nombor telefon anda selepas beberapa minit. Jika nak tahu lebih lanjut berkaitan pembelian topup tersebut, klik sahaja pada "View Order Details"

Jika anda menggunakan direct topup, tambah nilai tersebut akan terus masuk ke nombor telefon. Jika anda menggunakan pin reload, anda akan menerima no pin untuk anda gunakan pada bahagian "Order Details"

Cara topup prepaid telefon menggunakan Shopee

Untuk maklumat lanjut berkaitan topup prepaid, boleh baca di Shopee help