Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

Salah satu cara dan kaedah bayaran yang disediakan oleh pihak Shopee adalah secara Cash On Delivery (COD) iaitu apabila barang sampai baru kita bayar kepada seller.

Walaubagaimanapun kaedah ini ada had atau limitasi dimana antaranya adalah jarak antara pembeli dan penjual. Kalau jauh sangat, macam mana nak bawa barang tersebut kepada buyer kan.

BACA : Cara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Untuk Tahun 2021

Selain itu, bayaran dan penghantaran mestilah berlaku dalam tempoh 2 jam sahaja. Jika tidak, ianya akan terbatal.

Akan tetapi, bukan semua seller menerima kaedah pembayaran secara COD ini. Mungkin atas sebab faktor jarak dan keselamatan seller itu sendiri.

BACA : Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

Tapi jika anda nak tahu, adakah seller itu sebenarnya ada menyediakan kaedah pembayaran COD ini atau pun tidak pada barang-barangnya, anda boleh tengok pada cara kenalpasti barangan COD disini.

Cara Bayar Secara COD Menggunakan Shopee

Sekiranya seller itu menerima kaedah COD, anda boleh ikuti langkah dan cara ini sehingga selesai barang anda tersebut diperoleh daripada seller.

1.  Buat checkout barang anda seperti biasa di Shopee. Pada shipping option, pilih 'Standard Delivery with COD' dan klik 'Confirm'. Kemudian pada bahagian Payment Option pula, pilih kaedah bayaran secara 'Cash On Delivery'

Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

2.  Setelah anda Place Order, pesanan anda akan masuk pada bahagian 'To Pay' dibawah My Purchases untuk tempoh 2 jam sahaja.

3.  Jika kaedah COD ini diterima oleh seller, pesanan akan masuk pada bahagian 'To Ship' pula. Seller akan bagi tahu yang dia akan pergi hantar atau COD barang kepada anda. Anda tunggu sahaja.

Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

4.  Jika kurier atau seller sendiri sudah hantar barang kepada anda, anda perlu buat bayaran secara tunai atau cash kepadanya. Jika sudah bayar dan dapat barang, seller akan kemaskini dalam Shopee untuk status 'Delivered'

Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

5.  Setel semua.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara buat bayaran secara COD di Shopee, anda boleh layari help Shopee.