Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Withdraw Keluarkan Duit Komisyen Involve Asia Terbaru Untuk Tahun 2021

cara witdraw keluarkan duit komisyen daripada involve asia tahun 2021

Jika anda rasa duit komisyen Involve Asia anda sudah cukup untuk dibawa keluar, boleh la buat permohonan withdrawal secara mungkin

Involve Asia merupakan antara platform bagi program affiliate yang popular di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

BACA : Cara Daftar BigPay Terbaru Untuk Tahun 2021

Terdapat banyak syarikat yang bekerjasama bagi menyediakan peluang kepada affiliator untuk membuat promosi produk mereka sekali gus peroleh komisyen hasil daripada link pembelian.

Jadi jika anda berminat untuk menjadi ahli affiliate Involve Asia, anda kini boleh mula buat pendaftaran dan ianya akan diluluskan dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.

Cara Withdraw Keluarkan Duit Komisyen Involve Asia Untuk Tahun 2021

Manakala bagi mereka yang telah peroleh wang komisyen hasil perkongsian link affiliate, anda boleh la keluarkan duit tersebut terus ke akaun bank anda.

Seperti yang diumumkan, minima pengeluaran komisyen adalah RM80. Kalau anda rasa komisyen dan cecah jumlah minima, boleh la mula mohon pengeluaran. Ikuti caranya disini :

1.  Untuk permulaan, anda terlebih dulu pastikan telah mengemaskini maklumat bank akaun bagi menerima pengeluaran komisyen tersebut.

Login akaun Involve Asia anda seperti biasa, dan klik pada 'Manage Your Account' pada bahagian kanan atas.

cara witdraw keluarkan duit komisyen daripada involve asia tahun 2021

2.  Kemudian pilih 'Payment' dan masukkan semua maklumat bank anda secara tepat. Antaranya:

  • Pilih Wire Transfer
  • Nama bank yang ingin digunakan
  • Nama penuh anda
  • Nombor akaun bank
  • Alamat bank tersebut dan negara
  • Kod SWIFT bagi bank anda tersebut
  • Alamat emel anda beserta no telefon

Akhir sekali, jika sudah selesai, klik 'Save Changes'

    cara witdraw keluarkan duit komisyen daripada involve asia tahun 2021

3.  Jika sudah selesai, boleh teruskan proses pengeluaran komisyen dengan klik pada tab 'Payment'

4.  Klik pada 'Request Withdrawal' dan anda akan dibawa kepada halaman withdrawal summary. Disini, anda boleh semak semula segala maklumat termasuk maklumat bank. Pastikan betul.

Jika sudah ok semuanya, klik 'Confirm'

5.  Bahagian akhir bagi proses permohonan keluarkan duit ini, klik 'Confirm' sekali lagi

cara witdraw keluarkan duit komisyen daripada involve asia tahun 2021

cara witdraw keluarkan duit komisyen daripada involve asia tahun 2021

Kelulusan permohonan adalah dalam tempoh 5-7 hari bekerja.

Duit komisyen tersebut akan di bank-in terus ke akaun bank dan anda akan menerima emel yang mengatarkan proses pengeluaran tersebut berjaya

Untuk maklumat lanjut berkaitan withdrawal earning atau duit komisyen, boleh layari involve asia help.