Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Padam, Delete Atau Deativate Akaun Shopee Untuk Selamanya

Cara Padam, Delete Atau Deativate Akaun Shopee Untuk Selamanya

Mungkin anda rasakan akaun Shopee anda tidak lagi perlu digunakan dan berhajat untuk deactivate atau padam selamanya. Ini adalah cara atau langkah yang anda perlu lakukan.

Sekali anda padam akaun Shopee, ianya tidak akan dikembalikan. Selepas selesai deactivate, anda tidak boleh lagi untuk Login Shopee menggunakan akaun tersebut.

BACA : Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

Jadi sila pastikan anda telah buat keputusan yang betul sebelum proses pemadaman. Sekiranya tiada lagi proses pembelian sebagai buyer atau jualan sebagai seller, anda boleh teruskan untuk padam akan Shopee.

Untuk pengetahuan anda, Shopee mungkin tidak meluluskan permohonan padam akaun Shopee ada untuk beberapa sebab. Jadi nak tahu kenapa tidak berjaya, boleh tengok di laman help Shopee.

Langkah Dan Cara Padam Atau Delete Akaun Shopee

Fikir masak-masak sebelum anda ingin delete akaun tau. Cara padam akaun Shopee:

1.  Masuk pada aplikasi Shopee dan klik tab 'Me' kemudian 'Account Setting'

2.  Kemudian cari bawah sekali 'Request Account Deletion'

3.  Jika anda betul-betul yakin, anda boleh teruskan dengan klik pada 'OK'

Cara Padam, Delete Atau Deativate Akaun Shopee

4.  Baca beberapa perkara penting dan akhirnya klik 'Proceed'

5.  Anda perlukan kod verifikasi yang dihantar pada telefon anda. Jika sudah, klik 'Continue'

BACACara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Untuk Tahun 2021

6.  Jadi disini anda perlu letakkan sebab kenapa anda ingin delete atau pada akaun Shopee anda. Sama ada dalam Bahasa Melayu atau English. Kemudian tik pada I agree... dan 'Submit'

7.  Jika berjaya, pemadaman akaun akan berlaku secara terus. Selesai!

Cara Padam, Delete Atau Deativate Akaun Shopee

Untuk maklumat lanjut berkenaan padam akaun Shopee, boleh layari laman help Shopee.