Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

Sebenarnya terdapat banyak cara pembayaran bagi embelian barangan di Shopee seperti menggunakan bank transfer, kad kredit dan kad debit, secara hutang dan juga pembayaran tunai. Ya, anda boleh bayar secara cash iaitu melalui 7-eleven.

Cash payment 7-eleven ini antara cara pembayaran yang selalu digunakan jika pengguna Shopee tidak mempunyai akaun bank atau ada tunai di tangan.

BACACara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Untuk Tahun 2021

Kebetulan, kedai serbaneka 7-eleven dekat dengan penempatan dan ada wang tunai di tangan. Jadi lebih mudah bayar sahaja guna cash. 

Walaubagaimanapun, setakat ini Shopee memaklumkan, terdapat transaksi limit bagi Cash Payment di 7-eleven iaitu sebanyak RM1500 sahaja dan bayarn mestilah tidak kurang daripada RM1.10. 

Cara Bayar Barangan Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

Yang paling penting, mestilah anda perlu datang ke kedai 7-eleven dan buat bayaran di sana.

1)  Anda boleh teruskan proses Checkout seperti biasa di Shopee. Kemudian pada bahagian "Payment Option", anda pilih Cash Payment at 7-Eleven dan klik Confirm

Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

2)  Kemudian ada klik "Place Order" dan anda akan dibawa kepada Payment Slip Page untuk pesanan anda tersebut. 

Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

3)  Seterusnya, anda perlu datang ke mana-mana cawangan 7-eleven yang berhampiran dan tunjukkan barcode yang telah dikeluarkan dalam pesanan Shopee tersebut di kaunter. Anda juga boleh klik pada Me > My Purchase > To Pay dan klik Pay Now untuk dapatkan barcode tersebut. 

Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

4)  Kemudian anda boleh buat bayaran secara tunai. Status pembayaran anda akan berjaya sekiranya bertukar kepada "Paid"


Untuk maklumat lanjut berkaitan Cash Payment di 7-Eleven ini, boleh pergi ke laman web Shopee