Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mohon i-Citra KWSP Secara Online Untuk Tahun 2021

Cara Mohon i-Citra KWSP Secara Online Untuk Tahun 2021

Melalui pengumuman Perdana Menteri pada Jun yang lalu, Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi pengeluaran KWSP iaitu melalui i-Citra dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Permohonan boleh dibuat secara online sahaja.

Selepas i-Lestary dan i-Sinar, kini i-Citra membenarkan ahli untuk mengeluarkan wang persaraan KWSP sehingga maksimum RM5,000 sahaja dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan (1 bulan, RM1,000).

Pengeluaran ini diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup. Keluar jika betul-betul perlu sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP

Pengeluaran kali ini sama juga seperti sebelum ini dimana hanya ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja yang layak termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.

BACACara Buat Temu Janji Bagi Urusan KWSP Sepanjang Musim Pandemik

Selain itu, ahli juga mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Jika kurang, permohonan adalah tidak diluluskan dan dibenarkan.

Jumlah Pengeluaran i-Citra KWSP

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Cara Mohon i-Citra KWSP Secara Online Untuk Tahun 2021

Cara Permohonan i-Citra KWSP Tahun 2021

Permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat bermula 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021 yang boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal i-Citra di icitra.kwsp.gov.my

Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara permohonan, anda boleh tengok panduan bergambar seperti dalam rajah atau gambar dibawah

Cara Mohon i-Citra KWSP Secara Online Untuk Tahun 2021

*klik pada gambar untuk gambar lebih jelas

Bagi yang telah buat permohonan pada Julai 2021, pembayaran dijangka akan dibuat bermula bulan Ogos 2021. Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akau bank ahli. Oleh itu, pastikan akaun bank masih aktif yang didaftarkan atas nama ahli sendiri.

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Citra KWSP, boleh layari www.kwsp.gov.my/i-citra, Ask ELYA di laman web rasmi KWSP atau hubungi talian hotline di 03-8922 4848