Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar BigPay Terbaru Untuk Tahun 2021 (Dapatkan RM20 Secara Percuma)

Cara Daftar BigPay Terbaru Untuk Tahun 2021

BigPay merupakan salah satu eWallet yang sah di Malaysia. Ini bermakna, anda boleh topup wang anda masuk ke dalam aplikasi dan membuat bayaran ketika membeli dimana-mana kedai atau pasaraya yang menerima pembayaran melalui BigPay. 

Tetapi ianya istimewa dan berbeza daripada eWallet yang lain. Ini kerana, selain menawarkan bayaran menggunakan aplikasi, BigPay juga menawarkan sebuah kad fizikal iaitu kad debit (mastercard). Ya, sama seperti kad bank yang anda ada sekarang.

Jadi dengan adanya, kad debit ini, pembayaran jadi lebih mudah. Ini kerana hampir kesemua kedai pasaraya sekarang menerima pembayaran menggunakan kad debit. Jadi tak perlu susah-susah nak bawah cash lagi. Anda topup duit masuk ke akaun BigPay, sudah boleh buat bayaran menggunakan kad debit BigPay.

Jadi kepada anda yang berminat, anda boleh daftar BigPay sekarang untuk dapatkan akses eWallet dan juga kad debit mastercard tersebut. Ikuti langkah dan cara dibawah.

Kelebihan BigPay

Selain daripada peroleh kad fizikal iaitu kad debit mastercard, BigPay juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding eWallet lain yang ada di Malaysia. Antaranya:

  • Setiap kali anda berbelanja, anda akan peroleh Big Point AirAsia
  • Kad debit mastercard BigPay juga boleh digunakan di mesin ATM
  • Tidak dikenakan caj pemprosesan jika berurusan dengan AirAsia
  • Kadar tukaran wang asing yang terendah ditawarkan
  • Pendaftaran adalah PERCUMA

Cara Daftar BigPay Untuk Tahun 2021

Setakat ini, pendaftaran adalah percuma dan kad debit mastercard itupun percuma. Mungkin nanti akan dikenakan bayaran, kita tak tahu. Jadi sementara percuma, boleh terus buat pendaftaran sekarang.

1 - Cara Daftar BigPay

  1. Download terlebih dahulu aplikasi BigPay di Play Store atau App Store
  2. Buka aplikasi, klik "Sign Up" dan pilih "Malaysia"
  3. Masukkan no. telefon anda yang aktif beserta kod OTP yang akan dihantar ke telefon anda melalui SMS
  4. Kemudian tetapkan password akaun dan isi butiran peribadi dengan lengkap seperti nama, alamat rumah (ini penting), emel dan sebagainya
  5. Pada bahagian referral code, masukkan 0LMZHKVZ3T untuk anda daptkan RM20 secara PERCUMA
  6. Langkah seterusnya dalah proses pengesahan atau verification. Ikuti langkah dibawah

Cara Daftar BigPay Terbaru Untuk Tahun 2021


2 - Proses Pengesahan/Verification

  1. Seterusnya, anda perlu upload gambar MyKad anda beserta selfie muka dengan keadaan gambar yang jelas dan terang bagi tujuan pengesahan
  2. Kemudian tambah nilai RM20 terlebih dahulu ke dalam akaun BigPay. Ini bukan yuran proses, sebaliknya hanya untuk proses pendaftaran sahaja. Wang tersebut akan dimasukkan ke akaun BigPay anda nanti dan boleh digunakan.
  3. Jika sudah selesai, dalam tempoh 5-7 hari bekerja, anda akan menerima kad fizikal BigPay atau kad debit mastercard tersebut. Ianya akan dihantar terus ke rumah anda seperti dalam alamat yang ditetapkan sebelum ini.

Cara Daftar BigPay Terbaru Untuk Tahun 2021

Sangat digalakkan untuk menggunakan BigPay jika berurusan dengan bayaran menggunakan mata wang asing seperti USD, Thai Bhat dan sebagainya. Lebih jimat dan kadar tukaran lebih rendah.

Semoga bermanfaat...


sumber : hellomakan.com