Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara masak dan resepi daging Harimau Menangis

Cara masak dan resepi daging Harimau Menangis

Nampaknya daging harimau menangis sudah mendapat sambutan yang baik dikalangan rakyat Malaysia. Ada yang teringin nak rasa apa kata masak sendiri je berpandukan resepi yang disediakan.

Daging Harimau Menangis bukanlah berasal daripada daging harimau sebaliknya adalah salah satu bahagian daripada daging lembu.

Ianya diberi nama sedemikian kerana pada bahagian ini selalunya pemangsa seperti harimau tidak dapat dicapai untuk melapah daging lembu tersebut ketika memburu.

Jadi pada bahagian tersebut dikatakan adalah bahagian yang paling lembut dalam banyak-banyak bahagian pada lembu sembelihan.

Jika paling lembut, pastinya ianya juga adalah paling sedap kan ditambah pula dengan campuran ramuan atau cicah dengan air asam thai masam-masam manis.

Resepi daging Harimau Menangis

Daging ini anda boleh dapatkan di pasaran atau anda boleh frozen yang di jual menerusi halaman Shopee. Terdapat banyak jenama yang sediakan frozen daging Harimau Menangis ini antaranya:

Tapi selain daripada beli perapan bersama daging frozen, apa kata kita buat dan masak sendiri je dirumah dengan resepi yang dikongsikan oleh @bimbim ini di twitter

Bahan-Bahan Daging Harimau Menangis

  • 500 g (2 keping) daging (Striploin, Serloin atau Brisket) 
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar

Cara Memasak

    1. Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perapkan. 
    2. Perap selama 4 hingga 5 jam
    3. Kemudian, daging-daging tersebut di salai diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja periuk pemanggang ajaib

    Bahan Sos Ala Thai

    • 6 ulas bawang putih ditumbuk
    • 10 biji cili api ditumbuk
    • 3 sudu sos tiram
    • 2 sudu sos ikan nampla
    • 3 sudu brown sugar
    • 1 bawang merah hiris nipis
    • 2 biji cili api dihiris
    • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
    • Sedikit daun ketumbar dihiris halus

    Cara Penyediaan

    Penyediaanya mudah sahaja. Anda campurkan sahaja kesemua bahan-bahan tersebut dan siap untuk dimakan bersama dengan dagin Harimau Menangis. Siap!

    Selamat mencuba...


    sumber : @bimbimmm