Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Aktifkan ShopeePay Dan Upgrade Ke Akaun Premium

Cara Aktifkan ShopeePay Dan Upgrade Ke Akaun Premium

Shopee juga ada menyediakan akaun eWallet tersendiri iaitu ShopeePay. Bagi yang sudah daftar buat pertama kali akaun Shopee, anda layak untuk gunakannya tetapi perlu terlebih dahulu untuk aktifkannya.

Banyak kelebihan yang diperoleh dengan menggunakan ShopeePay antaranya anda akan dapat lebih banyak fungsi free shipping, pembayaran dengan tawaran diskaun yang lebih banyak dan sebagainya.

Jadi adalah lebih baik, anda aktifkan ShopeePay anda sejurus selepas anda mendaftar akaun Shopee. Langkahnya mudah sahaja. ShopeePay hanya boleh digunakan di aplikasi sahaja dan tiada di laman web.

Cara Aktifkan ShopeePay

Ikuti langkah-langkah ini untuk aktifkan ShopeePay anda

1)  Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada "ikon ShopeePay"

Cara Aktifkan ShopeePay

2)  Klik "Activate ShopeePay" dan masukkan butiran diri seperti nama dan nombor MyKad. Kemudian tetapkan no PIN yang anda akan gunakan setiap kali buat transaksi

Cara Aktifkan ShopeePay

3)  Selesai. Kini anda boleh gunakan Akaun Basic ShopeePay

ShopeePay ada menyediakan 2 jenis akaun iaitu akaun Basic dan akaun Premium dimana kedua-duanya ada perbezaan.

Perbezaan Akaun Basic Dan Akaun Premium ShopeePay

Setakat ini, limit transaksi harian bagi akaun Basic adalah sebanyak RM2,999 manakala untuk akaun Premium boleh sehingga RM4,999.

Transaksi harian ini termasuklah bayaran pembelian, transfer ke akaun lain, bayaran offline di kedai fizikal dan juga withdrawals.

Selain itu, jika akaun Basic anda hanya boleh topup sehingga RM2,999 manakala akaun Premium sehingga RM4,999.

Jadi lebih baik anda naik taraf atau upgrade akaun basic ShopeePay kepada akaun Premium. Percuma sahaja.

Cara Upgrade Ke Akaun Premium

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu sahkan atau verify MyKad di aplikasi Shopee dengan cara klik pada "ShopeePay Setting" dan pilih "IC Verification"

Jadi anda perlu tangkap gambar MyKad anda depan dan belakang. Proses pengesahan akan ambil masa sehingga 24 jam sahaja. Jika berjaya anda terus dapat akaun Premium Shopee

Walaubagaimanapun, setelah MyKad anda sudah disahkan kepada akaun ShopeePay, anda tidak boleh buang atau padamkannya. Melainkan anda perlu delete akaun ShopeePay anda dengan mengikut langkah DISINI.