Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

3 Cara Buat Duit Secara Online Menggunakan Shopee

3 Cara Buat Duit Secara Online Menggunakan Shopee

Tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda jana pendapatan atau buat duit secara online dengan menggunakan platform Shopee. Sebuah platform digital yang sudah dikenali di Malaysia.

Mungkin anda biasa dengar, orang buat duit di Shopee adalah dengan berniaga atau menjual sesebuah barangan. Anda ada barang, letak dalam Shopee dan nanti ada pelanggan yang akan membelinya. Ya! ianya salah satu cara untuk anda jana pendapatan iaitu menerusi berniaga di Shopee.

Tetapi sebenarnya terdapat 2 cara lain lagi selain berniaga barang sendiri untuk jana pendapatan. Kalau nak tahu, kena baca sehingga habis.

Musim pandemik ini, pastinya ramai yang kehilangan kerja atau pendapatan berkurang akibat pemotongan gaji. Jadi pastinya akan terkesan perbelanjaan harian lagi-lagi jika sudah mempunyai keluarga.

Jadi jalan terbaik untuk atasi masalah ini adalah dengan cari pekerjaan tambahan untuk jana pendapatan sampingan. Antara alternatif yang anda boleh lakukan adalah menerusi platform Shopee ini.

Cara Buat Duit Secara Online Menggunakan Shopee

Antara kelebihan yang paling menarik kenapa menggunakan Shopee adalah ianya adalah percuma dan juga potensi customer sudah ada ramai.

Rasanya dalam Malaysia ni siapa je tak tahu kehadiran Shopee ni. Siapa je yang tak pernah berbelanja menggunakan Shopee kan. Pada tahun 2020 sahaja, dilaporkan lebih 81 juta kunjungan pengguna dibuat di aplikasi Shopee.

3 cara yang anda boleh jana pendapatan dengan menggunakan Shopee adalah :

  1. Berniaga online
  2. Menerusi dropship
  3. Sertai affiliate

Kesemua cara ini anda boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja dan pastinya ianya adalah percuma.

#1 - Berniaga Online

Ini adalah perkara asas kenapa Shopee di perkenalkan pada awalnya iaitu memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga secara online supaya lebih besar capaian pelanggan.

BACA : Cara Terbaik Sebagai Seller Shopee Untuk Bungkus Balang Biskut Bagi Penghantaran

Jika anda berniaga secara konvesional, anda perlu sewa kedai, bayar bil elektrik, bayar gaji pekerja dan pastinya meningkat overhead cost. Tetapi dengan adanya platform Shopee ini, anda hanya perlu sebuah laptop atau smartphone sahaja untuk ambil pesanan pelanggan.

Anda ada barang sendiri, anda letakkan di dalam kedai online Shopee anda dan pelanggan sendiri yang akan mencari barangan yang anda jual tersebut. Kerja anda, hanya perlu catitkan reka bentuk poster, berikan harga berpatutan, free gift dan sebagainya.

Anda tidak perlu bayar pun untuk mula berniaga di Shopee. Selepas buat pendaftaran, anda terus boleh pasarkan barangan anda sendiri. Jika anda ingin dapatkan tips dan cara berniaga dengan betul di Shopee sehingga mampu jana pendapatan 4 angka seminggu, boleh dapatkan dengan klik gambar dibawah

Tips dan cara bisnes shopee jana pendapatan 4 angka seminggu

#2 - Menerusi Dropship

Selain daripada berniaga atau menjual barangan sendiri, anda juga boleh jana pendapatan di Shopee menerusi Dropship sahaja. Ini bermakna anda tidak perlu simpan stok pun.

Secara asasnya, dropship adalah anda menjual barang orang lain tanpa simpan stok tersebut dan keuntungan adalah daripada komisyen bagi setiap barangan yang dijual. Anda hanya menjadi orang tengah sahaja

Dropship di Shopee

Ini bermakna, dropship ini anda tidak akan rugi, kerana anda tak simpan pun barang tersebut. Sebaliknya keuntungan diperoleh jika ada jualan sahaja.

Setiap pesanan atau order yang dibuat oleh pelanggan, anda hanya sumbit order pelanggan tersebut kepada pembekal dengan harga 'markup' dan pembekal sepenuhnya akan menguruskan penghantara barangan tersebut kepada pelanggan.

Antara supplier atau pembekal yang anda boleh sertai sistem dropship mereka, boleh dapatkan di :

Jadi anda boleh pilih mana-mana pembekal yang sesuai mengikut niche jualan anda dan mula buat dropship dengan berniaga di Shopee. Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti teknik bisnes Shopee dengan betul.

#3 - Sertai Affiliate

Affiliate lebih kurang sama seperti dropship. Anda peroleh keuntungan atau komisyen daripada hasil jualan sahaja. Tetapi sedikit berbeza kerana affiliate lebih kepada produk digital berbanding dropship untuk produk fizikal.

Anda akan dapat komisyen bila ada pelanggan yang membeli menggunakan link affiliate anda. Anda boleh jual semua produk di Shopee dengan menukarkan link item tersebut kepada link affiliate. Ada yang klik link shopee tersebut, buat pembelian di Shopee dan ada dapat komisyen

Jadi terdapat 3 cara untuk sertai affiliate yang bekerjasama bersama Shopee iaitu :

1)  Accesstrade Global

 Accesstrade menyediakan peluang kepada semua yang berminat untuk buat duit tepi dengan sertai program affiliate mereka. Sebenarnya bukan sahaja Shopee yang anda boleh sertai dalam affiliate program, ada banyak lagi.

Accesstrade Global

Antaranya adalah Air Asia, Canva, JD Sport, H&M, Unifi, Alibaba, Shopee, Watsons, Aliexpress, Bus Online Ticket dan banyak lagi.

Kesemua kempen ini, anda boleh sertai, kemudian kongsikan link affiliate kepada pengguna lain di media sosial. Jika ada yang klik dan buat pembelian, anda peroleh komisyen.

Anda boleh mula daftar sekarang secara percuma di Accesstrade Global.

2)  Involve Asia

Konsepnya sama seperti Accesstrade iaitu menjadi orang tengah kepada syarikat-syarikat lain yang menjalankan kempen program affiliate termasuklah Shopee.

Involve Asia Shopee

Tetapi Involve Asia lebih menarik kerana lebih banyak kempen yang anda boleh sertai seperti Lazada, Adidas Malaysia, Nike, Cotton On, Malaysia Airlines, Shopee, Watsons Malaysia, Decathlon, Hotel.com, Photobook dan banyak lagi.

Anda boleh mula daftar sekarang secara percuma sahaja di Involve Asia.

3)  Shopee Ambassador Programme

Akhir sekali adalah program daripada Shopee sendiri iaitu Shopee Ambassador Programme. Berbeza dengan 2 affiliate di atas kerana ini merupakan program yang diuruskan sendiri daripada Shopee. Bukan orang tengah.

Shopee Ambassador Programme

Tetapi konsepnya masih sama dimana, anda kongsikan mana-mana barangan Shopee, create affiliate link dan kongsikan di facebook anda. Ada yang klik link tersebut dan buat pembelian, anda akan dapat komisyen. Boleh sertai program ini, juga secara percuma di Shopee Ambassador Programme.

BACA : Sertai Program Shopee Seller Affiliate Programme

Kesimpulan

Jadi ini adalah antara 3 cara yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan menerusi serta menggunakan Shopee dan kesemuanya adalah percuma. Anda boleh berniaga, boleh buat dropship atau sertai program affiliate.

Jadi jangan tunggu lagi. Tak dapat berniaga atau dropship pun, cuba mula dengan program affiliate dulu. Kongsikan link pembelian dimana-mana baik Facebook, Instagram atau Twitter sekali pun.

Harap membantu...