Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Shopee Seller Affiliate Programme Khusus Untuk Seller Jana Komisyen

Shopee Seller Affiliate Programme

Berita baik untuk seller Shopee dimana selepas ini anda juga boleh dapat insentif atau komisyen menerusi program baru iaitu Shopee Seller Affiliate Programme (SSAP).

Jika sebelum ini, Shopee ada juga memperkenalkan program affiliate sedemikian iaitu Shopee Ambassador/Affiliate Programme (SAP) tetapi ianya terbuka kepada semua orang sama ada buyer mahupun seller.

Secara asasnya, SSAP ini juga mengenakan konsep affiliate yang sama dimana ada yang buat pembelian melalui link affiliate yang anda kongsikan, anda akan mendapat komisyen.

BACA : 3 Cara Buat Duit Secara Online Menggunakan Shopee

Tetapi ada sedikit perbezaan. Nak tahu apa? Teruskan bacaan dibawah

Shopee Seller Affiliate Programme

Seperti yang diumumkan pada awalnya, Seller Affiliate Programme adalah khusus kepada seller sahaja. Jika anda tidak menjual di Shopee, anda tidak layak untuk sertaianya.

Penyertaan program ini adalah secara automatik. Seller tidak perlu memohon dan setakat ini hanya yang terpilih sahaja akan dibenarkan sertai iaitu secara berperingkat.

Shopee Seller Affiliate Programme

Jika terpilih, anda akan diberi notifikasi dan fungsi Seller Affiliate boleh diakses terus menerusi aplikasi Shopee sahaja. Boleh trek segala transaksi di situ juga.

Sama seperti SAP, penyertaan program untuk seller ini juga adalah percuma dan paling best bayaran komisyen yang diperoleh adalah secara bulanan. Anda kumpul komisyen bulan September, anda akan dapat bayaran pada bulan berikutnya, Oktober dan seterusnya

Komisyen Yang Diperoleh

Menerusi jadual yang dikeluarkan oleh pihak Shopee, sepertinya insentif yang ditawarkan cukup tinggi berbanding komisyen SAP. Paling rendah adalah 5.5%.

Komsiyen adalah berbeza mengikut kategori seperti elektronik, fesyen, lifestyle dan sebagainya.

Komisyen Yang Diperoleh daripada Shopee Affiliate Programme

Cara Dapatkan Komisyen

Jika untuk program SAP, anda akan peroleh komisyen daripada storewide atau semua kedai di Shopee. Berbeza dengan Seller Affiliate apabila komisyen akan diperoleh jika ada pembelian daripada kedai sendiri sahaja.

Anda peroleh hanya selepas completed paid order sahaja dan link affiliate tersebut sah selama 7 hari dari kali terakhir buyer klik link tersebut.

Anda tidak akan dapat bayaran apa-apa jika:

  • Buyer lengkapkan pembelian di kedai Shopee orang lain
  • Buyer tidak melengkapkan pembelian atau berlaku return & refund, fraud dan sebagainya

Cara Dapatkan Komisyen

Jadi jika seller berjaya untuk sertai Shopee Seller Affiliate Programme (SSAP) dan juga Shopee Ambassador/Affiliate Programme (SAP) pasti lebih mudah untuk terus buat duit dan jana pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di Shopee Seller Education Hub.