Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Aktifkan SPayLater - Kaedah Bayaran Ansuran Di Shopee

Cara Aktifkan SPayLater - Kaedah Bayaran Ansuran Di Shopee

Bagi yang pertama kali ingin mencuba buat ansuran di Shopee, anda kini boleh menggunakan ciri terbaru, SPayLater yang akan ditawarkan kepada pengguna terpilih tanpa perlu guna kad kredit pun.

SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran terbaru yang diperkenalkan iaitu Shopee's Buy-Now-Pay-Later. Anda boleh buat belian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya.

Jadi dengan cara ini, anda akan dapat barang tersebut terlebih dahulu dan bayar kemudian. Pastinya digunakan jika barang tersebut bernilai ribuan ringgit.

Anda diberi pilihan untuk bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya atau dalam tempoh 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan penambahan caj pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah barangan tersebut.

Ketika artikel ini diterbitkan, Shopee sedang menawarkan RM300 bagi pengguna terpilih yang mana telah mengaktifkan SPayLater mereka. Jangan lepas peluang ini.

Kadar faedah dan caj bergantung kepada plan pembayaran semula

car spaylater shopee

Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee

Pengguna Shopee yang telah aktifkan MyKad (verified) dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak untuk menggunakan SPayLater.

Akan tetapi, ciri ini anda perlu aktifkan dan nilai adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.

Jadi jumlah itu sahaja yang anda boleh gunakan untuk beli apa-apa barang di Shopee secara hutang.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian 'Me' > 'SPayLater'
  2. Kemudian klik 'Activate Now'
  3. Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
  4. Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan
  5. Kemudian perlu melalui 'facial verification' dengan ambil gambar selfie
  6. Selesai! Kin SPayLater anda sudah diaktifkan
cara aktfikan spaylater shopee

Jadi jika sudah diaktifkan, macam mana pula nak guna ketika buat bayaran pada barang yang kita suka nanti? Ikuti langkah dibawah

Cara Bayar Menggunakan SPayLater

Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation. 

  1. Klik 'add to Cart' > 'Check Out'
  2. Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih 'SPayLater'
  3. Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik 'Confirm'
  4. Masukkan pin ShopeePay anda
  5. Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!
cara bayar guna spaylater

Barang anda akan dipos kepada anda dan bayaran dibuat bermula bulan seterusnya bergantung kepada plan pembayaran anda.

BACA : Cara Aktifkan ShopeePay Dan Upgrade Ke Akaun Premium

Jadi sekiranya tarikh bayaran sudah sampai, macam mana anda nak bayar semula bil SPayLater anda tersebut?

Cara Bayar Bil SPayLater Anda

Jika anda sudah aktifkan SPayLater, akan terdapat halaman khusus untuk SPayLater

  1. Pergi ke aplikasi Shopee dan tab 'Me' > SPayLater.
  2. Pada halaman SPayLater, klik 'Pay Now'
  3. Pada bahagian 'My Bills' anda boleh lihat bil yang anda 'dah bayar' atau 'belum bayar' mengikut bulan (paid dan unpaid)
  4. Klik bahagian yang belum bayar atau 'unpaid' dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay
  5. Masukkan no. pin ShopeePay
  6. Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
  7. Selesai!
cara bayar bil spaylater

Jadi kena ingat, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan.

Jika tidak, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%

Untuk maklumat lanjut berkaitan SPayLater, boleh layari help Shopee.