Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

Kini kerja anda lebih mudah apabila nak renew lesen memandu. Anda kini boleh lakukan secara online sahaja iaitu menerusi portal MYEG.

Secara kebiasaanya, kita akan perbaharui lesen memandu di pejabat JPJ berhampiran atau jauh kita akan renew di pejabat pos sahaja.

Tetapi dengan cara ini, pastinya akan mengambil masa. Anda perlu keluar rumah, memandu jauh, cari parking dan kemudian anda perlu beratur untuk tiba giliran.

Semua masalah ini boleh diselesaikan jika anda renew driving licence secara online sahaja. Kini yang menyediakan perkhidmatan tersebut adalah MYEG yang menyediakan e-servis berkaitan perkhidmatan kerajaan termasuklah perbaharui lesen memandu.

Anda tidak perlu lagi keluar rumah, berpanas dan beratur di kaunter. Anda boleh lakukan dihujung jari sahaja iaitu dengan renew secara online di laptop atau komputer.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Guna MYEG

Untuk permulaan, anda perlu terlebih dahulu register atau daftar untuk peroleh akaun MYEG. Daftar sini

Jika sudah selesai, ikuti cara dan langkah-langkah dibawah untuk renew lesen memandu secara online :

1)  Masuk ke laman web www.myeg.com.my dan login terlebih dahulu

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

2)  Kemudian pilihn 'Jabatan Pengangkutan Jalan' > 'Driving Renew Licence (CDL) / Perbaharui Lesen Memandu'

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

3)  Akan dipaparkan syarat permohonan. Gambar kita sebenarnya sudah berada dalam sistem sama seperti lesen memandu yang lama. Tak perlu upload baru pun. Jadi jangan risau, boleh klik 'Teruskan'

4)  Langkah ini penting, anda kena masukkan semua butiran peribadi dengan betul dan tepat. Jangan salah walaupun satu huruf.

  • Nombor kad pengenalan (MyKad)
  • Kategori (Orang Awam)
  • Tempoh perbaharuan (1,2,3,4 atau 5 tahun)
  • Nombor telefon
  • Alama email

Kemudian pilih Delivery/Penghantaran

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

Oleh sebab itu, anda perlu masukkan nama dan alamat rumah bagi proses penghantaran. Caj akan dikenakan iaitu RM6 untuk Lembah Klang, RM8 untuk Semanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah & Sarawak.

Manakala tempoh penghantaran adalah dalam 2-5 hari waktu bekerja

Jika sudah selesai, klik 'Teruskan'

5)  Kemudian akan dipaparkan semua maklumat yang anda telah masukkan sebelumnya beserta harga keseluruhan perlu dibayar. Anda boleh semak sekali lagi. Pastikan semua betul dan tepat. Jika sudah ok, klik 'Teruskan'

6)  Sekali lagi akan dipaparkan butiran diri. Kali ini dalam bentuk kad lesen memandu anda. Pastikan semua betul. Jika betul, tik pada 'saya mengesahkan...' dan klik 'Teruskan'

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

7)  Seterusnya anda boleh pilih cara bayaran sama ada menggunakan e-Cash, Kad kKredit atau Online Banking.

BACA : Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

8)  Pilih 'Online Banking' lebih mudah. Kemudian pilih jenis bank dan masukkan alamat emel dan tekan 'Submit'

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online - MYEG

9)  Akhir sekali, buat bayaran seperti biasa secara online

Akan dipaparkan butiran sejarah transaksi. Anda boleh simpan resit bayaran dengan klik pada bahagian Action > Click Here

Selesai...