Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Dan Panduan Lakukan Solat Sunat Witir

Cara Dan Panduan Lakukan Solat Sunat Witir

Inilah antara sunnah besar di dalam amalan harian yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad iaitu Solat Sunat Witir. Ini cara dan panduan untuk anda lakukan.

Solat sunat witir merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam. Ia dapat dilihat berdasarkan beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakkan solat ini.

Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.

Riwayat Al-Bukhari (1981)

Jadi kepada anda, berikut merupakan kaifiat, cara atau panduan bagi melakukan Solat Sunat Witir yang anda boleh amalkan seharian.

Cara Dan Panduan Solat Sunat Witir

Apakah solat sunat witir? Ia adalah solat sunat rakaat ganjil.

Bila waktunya? Waktulah adalah diantara selepas solat isyak hingga sebelum masuk waktu subuh.

Adakah terdapat syarat khusus yang ditetapkan? Tidak ada. Ia boleh dilakukan samada sebaik selepas ba'diah isyak atau sebelum tidur atau selepas tahajud pada penghujung malam. Witir hanya sekali sahaja pada satu malam, maksudnya kalau dah buat selepas isyak maka tak perlu lagi buat ketika tahajud.

Adakah ia solat penutup malam atau bilakah waktu yang afdhal? Walaupun Nabi s.a.w sering melakukan selepas tahajud namun ia bukanlah solat penutup malam kerana baginda ada mengkhabarkan bahawa saiditina Abu Bakar melakukan witir sebelum tidur. Kalaulah witir lebih afdhal selepas tahajud maka sudah tentu Abu Bakar akan melakukannya selepas tahajud.

Cara nak lakukannya....

Di sisi majorit ulama, adalah dibolehkan untuk seseorang itu menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat sahaja. Walaubagaimanapun makruh melakukannya satu rakaat sahaja.

Sekurang-kurangnya 3 rakaat.

Jika henda buat 3 rakaat, ada 2 cara iaitu:

1)  Solat tiga rakaat witir dengan satu salam

Cara ini tiada tahiyat awal, terus tahiyah akhir. Tidak seperti solat maghrib mempunyai tahiyat awal. Hanya itu sahaja yang membezakannya

2)  Solat dua rakaat kemudian beri salam. Kemudian diikuti dengan solat satu rakaat sesudahnya.

Cara ini anda solat 2 rakaat seperti biasa dengan satu salam, kemudian anda bangun semula dan solat satu rakaat sahaja dengan satu salam juga.

Apakah surah yang dibaca?

Asalkan surah itu mudah untuk dibaca maka apa saja surah yang kalian hafal. Tidak ada surah yang dikhususkan untuk solat witir.

Namun Nabi s.a.w sering baca pada rakaat pertama surah Al A'la, rakaat kedua Al Kafirun dan rakaat yang ketiga Al Ikhlas.

Macam mana nak niat? Tidak ada lafaz niat, hanya melahirkan gerak hati sahaja aku melakukan witir kerana Allah.


Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan