Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

Kini anda mempunyai banyak pilihan untuk buat pesanan atau order minuman kegemaran anda, Tealive secara online. Yang terbaru, kini anda boleh order menggunakan aplikasi Touch N' Go eWallet.

Jika sebelum ini, anda boleh buat pesanan bubble tea Tealive menggunakan Foodpanda, Grabfood, Halo, Shopeefood termasuk juga aplikasi Tealive sendiri. Kini ada satu lagi pilihan untuk anda.

Jika anda pengguna tegar TnG eWallet, pastinya pilihan ini sesuai untuk anda. Anda boleh terus buat pesanan secara online dan kemudian buat bayaran menggunakan ewallet tersebut dengan mudah dan pantas.

Melalui TnG eWallet anda boleh buat pesanan sama ada untuk pickup atau drive-in pickup. Ini bermakna, anda tidak perlu untuk beratur di kaunter untuk buat pesanan.

Cara ini sesuai sekiranya anda berada berdekat dengan kiosk Tealive seperti di shopping mall tetapi anda malas untuk beratur di kaunter. Jadi anda order dari TnG eWallet dan bila dah siap, anda pickup sahaja.

Cara Order Tealive Menggunakan Touch N' Go eWallet

Perkara penting sebelum anda buat pesanan adalah dengan pastikan jumlah baki mencukupi. Kerana kaedah ini, anda hanya boleh bayar menggunakan baki eWallet anda sahaja. Jadi topup secukupnya.

Jika anda tiada lagi aplikasi ini, anda boleh dapatkan di Play Store, App Gallery atau App Store. Kemudian install dan daftar seperti biasa.

LANGKAH 1

Buka aplikasi TnG eWallet dan pada halaman utama, klik pada ikon 'Tealive'

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

LANGKAH 2

Anda perlu pilih sama ada untuk Pickup atau Drive-In Pickup. Kemudian pilih cawangan Tealive berdekatan anda dan pilih tarikh serta masa untuk anda pickup. Pilih 'Now' untuk waktu paling awal. Jika sudah klik 'Start Ordering'

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

LANGKAH 3

Disini akan dipaparkan kesemua menu yang available untuk anda pesan. Ada Signature Bang Bang, Milk Tea. LTO, Smooties, Coco dan banyak lagi. Anda hanya perlu klik pada butang 'Add' kemudian pilih variasi yang ditetapkan. Jika sudah klik 'Add To Cart'

Jika sudah selesai semua, kalau terus buat bayaran dengan klik pada 'Payment'

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

LANGKAH 4

Disini akan dipaparkan harga keseluruhan yang perlu dibayar. Jika anda ingin buat penambahan, klik sahaja pada 'Add Item'. Jika sudah pasti, klik pada 'Pay'

Kemudian klik 'Pay' sekali lagi untuk buat pembayaran menggunakan TnG eWallet. Masukkan no. pin yang telah anda tetapkan sendiri. Done!

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

LANGKAH 5

Seterusnya, anda boleh collect minuman Tealive anda pada bila-bila masa di cawangan yang telah ditetapkan pada awal tadi. Anda hanya perlu tunjukkan collection ID sahaja ketika anda datang untuk ambil minuman anda.

Cara Order Tealive Menggunakan Aplikasi Touch N' Go eWallet

Selesai! Harap ianya membantu...