Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay Menerusi Maybank2U

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay Menerusi Maybank2U

Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan satu lagi kaedah bayaran atau deposit kepada pendeposit iaitu melalui JomPay. Ianya boleh dilakukan secara online sahaja pada bila-bila masa.

Sebelum ini, kita biasa masuk duit ke akaun Tabung Haji kena pergi ke cawangan TH, kemudian melalui mesin ATM atau secara potongan gaji. Seterusnya diperkenalkan pula secara transfer online banking.

Kaedah sebelum-sebelumnya masih boleh digunapakai tetapi ada kekurangannya dari sudut masa, kos untuk pergi ke cawangan dan juga caj tambahan bagi setiap transaksi untuk perbankan online.

Akan tetapi melalui JomPay, anda kini tidak perlu risau lagi. Anda boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja kerana ianya dibuat secara online yang tak perlu pergi ke cawangan dan juga tiada caj tambahan RM1 seperti pada online transfer tersebut.

Dengan kaedah ini, jika anda masuk duit ke akaun Tabung Haji sebanyak RM100, tiada caj dikenakan dan ianya percuma dan dapat juga RM100 tersebut. Mudah la kan!

Walaubagaimanapun kaedah ini mestilah juga melalui perbankan online tetapi bayar menerusi JomPay. Jadi anda boleh gunakan sama ada Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan banyak lagi.

Anda boleh ikuti perkongsian dibawah sekiranya anda menggunakan perbankan online Maybank2U dengan kaedah JomPay.

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank2u)

LANGKAH 1

Anda login seperti biasa di laman web maybank2u www.maybank2u.com.my. Pada halaman utama, klik pada Pay & Transfer

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank2u)

LANGKAH 2

Kemudian pada bahagian Pay To, anda pilih JomPAY

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank2u)

LANGKAH 3

Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi

  • Biller Code - 60228
  • Biller Code Name - Tabung Haji-Deposit
  • Ref-1 - Nombor akaun TH (15 digit)
  • Ref-2 - *biarkan kosong
  • Pay Amount - Masukkan jumlah duit yang anda ingin deposit

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank2u)

Cara Deposit Duit Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank2u)

Jika sudah selesai, klik Pay dan buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Anda boleh lihat status transaksi anda selepas tempoh 24 jam. Jadi pada keesokannya, sekiranya akaun TH anda aktif, duit akan dimasukkan dan jika tidak, akan dipulangkan semula ke akaun Maybank anda.