Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Anda Kini Boleh Daftar Dan Dapatkan Pakej Peranti & Remaja Keluarga Malaysia

Anda Kini Boleh Daftar Dan Dapatkan Pakej Peranti & Remaja Keluarga Malaysia

Bermula 15 Oktober 2021, anda kini boleh nikmati pakej prabayar khusus melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan juga telefon percuma menerusi Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Tawaran ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa sebelum ini untuk keluarga Malaysia yang layak dengan kerjasama kementerian dan MCMC.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, golongan remaja berumur 21 tahun ke bawah dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah memperoleh 20GB dengan harga RM30 untuk 3 bulan dengan penambahan 1GB setiap bulan untuk aktiviti produktiviti.

Manakala untuk melalui Pakej Peranti Keluarga Malaysia ianya membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia ditawarkan oleh 6 syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL untuk tempoh selama 6 bulan sehingga 15 April 2022.

Jadi kepada semua Keluarga Malaysia yang memerlukan, anda boleh mula mohon dan daftar menerusi mana-mana syarikat telekomunikasi iaitu bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022 untuk 2 pakej tersebut.

Tawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Disini akan disenaraikan kesemua tawaran yang dikeluarkan oleh 6 syarikat telekomunikasi tersebut. Jika berminat dan memerlukan, anda boleh terus daftar melalui link yang disediakan

Celcom (X Pax)

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

celcom xpax Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Melalui pakej daripada X Pax ini, anda boleh nikmati tawaran selama 90 hari dengan hanya RM30 untuk 110GB internet pantas secara keseluruhan. Anda boleh daftar sekarang secara online

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.celcom.com.my/personal/prepaid/pakej-remaja-keluarga-malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

celcom xpax peranti Keluarga Malaysia

Miliki telefon 4G VoLTE Percuma dan lebih internet sosial untuk kekal berhubung dengan keluarga yang tersayang dan sahabat handai bersama Celcom XP Lite untuk langganan RM58 sebulan.

Antara peranti yang ditawarkan secara percuma adalah Samsung Galaxy A02, Realme C11 2021, Samsung Galaxy A03s dan Vivo Y1s.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.celcom.com.my/personal/devices/pakej-peranti-keluarga-malaysia

Digi

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

digi Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Anda kini boleh mohon Pakej Remaja Keluarga Malaysia daripada Digi dengan harga RM30 untuk 20GB selama 90 hari. Internet asas tanpa had (64 kbps).

Jika anda pengguna Digi, anda boleh topup sama ada melalui aplikasi MyDigi atau menerusi Digi Store Online atau melalui TNG eWallet. Tiada caj dikenakan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.digi.com.my/pakej-remaja-keluarga-malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

digi peranti Keluarga Malaysia

Untuk pakej ini pula, pengguna boleh nikmati lebih nilai dengan telefon pintar 4G Percuma Digi Postpadi dan pelan internet terbaik dengan Digi Prepaid.

Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A02 dan Redmi 9A secara percuma dengan melanggan Digi Postpaid 40 yang akan diberi 10GB internet dan panggilan tanpa had selama sebulan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.digi.com.my/pakej-keluarga-malaysia

Maxis (Hotlink)

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

hotlink Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Jadi jika anda pengguna prabayar Hotlink di bawah umur 21 tahun ke bawah, anda boleh mohon pakej ini melalui aplikasi Hotlink.

Anda akan dapat pas internet 20GB untuk 90 hari dengan harga RM30 sahaja. Kemudian anda juga dapat pas internet produktiviti 1GB sehari secara percuma

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.hotlink.com.my/ms/faq/campaigns/pakej-keluarga-malaysia/remaja/

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

hotlink peranti Keluarga Malaysia

Anda boleh dapatkan 4 jenis telefon pintar secara percuma iaitu Realme C21, Vivo Y12s, Vivi Y20 2021, Oppo A54 dan Realme C25s dengan langganan Hotlink Postpaid 60.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.hotlink.com.my/ms/faq/campaigns/pakej-keluarga-malaysia/remaja/

U Mobile

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

u mobile Pakej Remaja Keluarga Malaysia

U Mobile memperkenalkan pakej remaja melalui Remaja KM30 iaitu dengan tawaran 20GB data pantas, 1GB data produktiviti, datan asas tanpa had secara percuma dengan harga RM30 sahaja. Anda boleh dapatkan melalui aplikasi U Mobile atau UMB (dail *118*3*12#)

Untuk info lanjut, boleh rujuk FAQ U Mobile Remaja KM30

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

U mobile peranti Keluarga Malaysia

Anda boleh nikmati telefon baru dengan Peranti Keluarga Malaysia KM40 daripada U Mobile. Dapatkan telefon Samsung Galaxy A02 secara percuma dengan langgananRM40 sebulan. Anda dapat 5GB data pantas, panggilan percuma 50 minit dan percuma 365 data pentas setahun.

Anda boleh rujuk SINI untuk mula langgan dan dapatkan telefon percuma ini

Telekom Malaysia (Unifi Mobile)

unifi mobile peranti remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Mereka menawarkan 20GB data LTE bagi pengguna unifi Mobile #BEBAS untuk 90 hari dengan harga RM30 sahaja. Internet asas ditawarkan secara percuma. 

Anda boleh dapatkan tawaran ini melalui aplikasi mobile@unifi sekarang sehingga 15 April 2021. Untuk maklumat lanjut, pergi ke tawaran unifi mobile.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Melalui Unifi Mobile, anda boleh dapatkan peranti Samsung Galaxy A02 dan Vivo Y12s secara percuma dengan melanggan unifi Mobile 99 dengan diskaun RM20 iaitu RM79 sebulan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke laman web Unifi Mobile

YTL (YES)

yes peranti remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Jika anda pengguna berumur 21 tahun ke bawah anda layak untuk menerima tawaran melalui pakej ini sehingga 15 April 2022 kelak. Anda boleh dapatkan sim kad YES dengan harga RM1 DISINI. Kemudian aktifkan di laman web YES.

BACA : YES Prihatin : Cara Tebus Telefon Pintar Percuma Khas Untuk B40

Dapatkan 20GB data internet dengan harga RM30 serta 1GB high speed data setiap hari secara percuma.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Bagi pakej peranti pula, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A02 dengan hanya RM1 sahaja dengan bayaran bulan RM49 untuk 100GB data. Berbaloi-baloi ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.yes.my/