Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Pesanan (order) Dan Menggunakan ShopeeFood

Cara Buat Pesanan order Dan Menggunakan ShopeeFood

Shopee baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi ciri baru dan kali ini mengfokuskan kepada khidmat pesanan makanan di restoren berhampiran anda yang dipanggil ShopeeFood.

Walaubagaimanapun, ciri terbaru ini tidak diperkenalkan secara meluas lagi. Setakat ini, hanya beberapa kawasan di Lembah Klang sahaja telah menerima khidmat pesanan makanan ini.

Anda tidak perlu install apa-apa aplikasi tambahan, sebaliknya anda hanya perlu menggunakan aplikasi Shopee sedia ada sahaja. Jika kawasan anda telah menerima ciri ini, ikon ShopeeFood akan muncul dihalaman utama secara sendiri. Boleh semak disini.

BACA : [Bergambar] Cara Daftar Akaun Shopee Menggunakan Smartphone

Fungsinya sama seperti anda order makanan secara online seperti FoodPanda atau GrabFood tetapi kali ini anda hanya buat pesanan melalui aplikasi Shopee sahaja

Cara Menggunakan ShopeeFood Di Aplikasi Shopee

Jika ianya telah tersedia di tempat anda, anda boleh buat pesanan dengan beberapa langkah sahaja. Ikuti langkah dan cara dibawah

  1. Klik link ini ShopeeFood
  2. Kemudian klik pada 'ikon ShopeeFood' di halaman utama Shopee
  3. Cari atau pilih mana-mana peniaga atau makanan yang anda mahu. Kemudian klik pada mana-mana peniaga beserta makanan yang anda ingin pesan
  4. Klik + pada menu makanan untuk pilih makanan anda. Jika sudah pasti, klik 'Checkout'
  5. Pastikan alamat kediaman dan nombor telefon yang digunakan adalah tepat
  6. Pilih jenis pembayaran pada bahagian 'payment option'. Jika sudah pasti, klik 'Place Order'
  7. Anda boleh pantau delivery status iaitu jika rider sudah sampai ke restoren tersebut kemudian dihantar terus kepada alamat rumah anda.
  8. Nikmat makanan anda bersama ShopeeFood
Cara Buat Pesanan order Dan Menggunakan ShopeeFood

Cara Buat Pesanan order Dan Menggunakan ShopeeFood

Anda tunggu sahaja rider yang akan hantar makanan terus ke depan pintu rumah anda. Jika ada sebarang masalah, anda boleh hubungi customer service di 03 2777 9222 atau Help Center disini