Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Pada Akaun MySejahtera Kerana Nombor Telefon Tidak Lagi Aktif

Cara Pada Akaun MySejahtera Kerana Nombor Telefon Tidak Lagi Aktif

Jika anda mempunyai akaun MySejahtera dengan nombor telefon tidak aktif atau telefon anda hilang dan bercadang untuk delete atau padam akaun tersebut. Ini cara dan langkah-langkah yang betul.

MySejahtera antara aplikasi yang mungkin kita akan guna dalam tempoh waktu yang lebih lama lagi kerana kes harian Covid-19 masih lagi tinggi dicatatkan dalam negara.

Jadi jika berlaku apa-apa terhadap akaun MySejahtera anda, anda perlu juga aktifkan semula sama ada padam yang lama dan buat yang baru dan sebagainya.

Selain fungsi 'check-in' di dalamnya juga terdapat informasi atau sijil digital vaksinasi. Ini pastinya keperluan penting yang mendatang bagi bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

BACA : Cara Tukar ID MySejahtera - Nombor Telefon Atau Emal

Jadi sekiranya ID MySejahtera anda sama ada nombor telefon atau alamat emel tidak aktif atau telefon anda hilang, anda boleh padam yang lama dan buat yang baru dengan ID baru.

Cara Padam Akaun MySejahtera

Langkah ini perlu dibuat dengan bantuan MySejahtera Helpdesk. Jadi anda perlu lakukan di browser internet (chrome, firefox, safari dsb) dan bukan di aplikasi

1)  Layari mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ dan klik butang 'Mula'

Cara Pada Akaun MySejahtera

2)  Kemudian pilih C (memadam akaun saya) dan pilih G (saya ingin memadamkan akaun saya)

Cara Pada Akaun MySejahtera

3)  Masukkan ID MySejahtera yang anda gunakan sama ada nombor telefon atau alamat emel. Kemudian masukkan sekali lagi ID MySejahtera anda beserta alamat emel yang aktif untuk dihubungi

Cara Pada Akaun MySejahtera

4)  Anda akan dimaklumkan tentang permohonan padam akaun anda. Dalam beberapa hari akan diberitahu status padam akaun tersebut juga menerusi emel.

Selesai padam akaun lama MySejahtera

Cara Pada Akaun MySejahtera

5)  Langkah seterusnya adalah aktifkan semula akaun baru. Jadi daftar seperti biasa dengan menggunakan nombor MyKad beserta nombor telefon.

Jika sudah, aktifkan semula informasi vaksinasi anda. Pergi ke 'Covid-19 Vaccination' dan klik pada 'Vaccine for...'

Cara Pada Akaun MySejahtera

6)  Kemudian semak semula maklumat anda, jika ada kesalahan, klik 'edit'. Kemudian jawab soalan berkaitan kesihatan anda. Selesai. Anda kini sudah dapatkan akaun MySejahtera yang baru tetapi info vaksin masih ada.

Cara Pada Akaun MySejahtera


sumber : Jesselton Sabah daripada Siti Nur Zulaikha