Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Permohonan Rentas Negeri Bagi Ibu Bapa Yang Lengkap Vaksinasi

Cara Buat Permohonan Rentas Negeri Bagi Ibu Bapa Yang Lengkap Vaksinasi

Pada awal Ogos yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan kemudahan perjalanan bagi individu yang telah divaksin lengkap. Antaranya ibu bapa dibenarkan rentas daerah dan negeri untuk jumpa anak bawah umur 18 tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan vaksin lengkap itu adalah individu telah menerima 2 dos suntikan vaksin iaitu selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua tersebut.

Jika Phizer, AstraZeneca dan Sinovac adalah 2 dos manakala Johnson & Johnson dan Cansino adalah 1 dos suntikan sahaja iaitu selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan tersebut.

BACA : Cara Tukar ID MySejahtera - Nombor Telefon Atau Emal

Kebenaran ini terpakai ke atas semua fasa PPN iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Cara Buat Permohonan Rentas Negeri Bagi Ibu Bapa Lengkap Vaksinasi

Cara Buat Permohonan Rentas Negeri Bagi Ibu Bapa Yang Lengkap Vaksinasi

Walaubagaimanapun kebenaran ini mestilah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan tidak dibenarkan rentas tanpa kebenaran pihak Polis.

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun serta menetap di daerah atau negeri berlainan dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak masing-masing dengan syarat.

Syaratnya adalah kedua-dua ibu bapa atau penjaga mesti lengkap divaksin dengan pengesahan PDR dan mengemukakan dokumen berikut:

  • Borang permohonan rentas daerah/negeri (download sini)
  • Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan sijil/dokumen kelahiran anak
  • Salinan kad/sijil digital vaksinasn Covid-19 ibu dan bapa atau penjaga
  • Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)

Bawa kesemua dokumen ini ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kebanaran.

Jika lulus, anda perlu menunjukkan kebenaran yang diberi oleh pihak PDRM tersebut apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah atau negeri.

SOP ini terpakai untuk semua Fasa Plan Pemulihan Negeri (PPN)