Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Tukar ID MySejahtera - Nombor Telefon Atau Emal

Cara Tukar ID MySejahtera - Nombor Telefon Atau Emal

MySejahtera kini antara aplikasi yang terpenting ketika ini terutamanya ketika musim pandemik. Mungkin juga kita akan menggunakannya dalam tempoh waktu yang lebih lama.

Dalam tempoh tersebut, kita mungkin berlaku kesulitan atau apa-apa perubahan terutamanya nombor telefon atau emel yang digunakan.

Akaun MySejahtera diaktifkan menggunakan ID iaitu sama ada nombor telefon atau emel bagi menghubungi pengguna jika ada berlaku apa-apa berkaitan kes penularan atau berkaitan vaksin Covid-19.

Jadi ID tersebut tidak boleh salah dan pastikan sentiasa aktif bagi memudahkan urusan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

BACA : Cara Daftar Wahed Invest Beserta Deposit Tanpa Caj RM1

Jika anda buat keputusan untuk tukar nombor telefon atau nombor lama tidak aktif lagi, sila buat kemaskini atau tukar nombor lama kepada nombor yang baru.

Cara Tukar ID MySejahtera - Nombor Telefon Dan Emel

Pastikan anda mempunyai aplikasi MySejahtera dengan versi terbaru. Anda boleh download atau kemaskini menerusi Play Store atau App Store. Kemudian ikuti langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Pergi ke halaman Profile > klik pada 3 garisan bertindih pada bahagian penjuru kanan atas
  3. Klik pada Tukar MySJ ID
  4. Disini anda boleh masukkan ID MySJ yang baru sama 'Nombor Telefon' atau 'Alamat Emel'
  5. Jika sudah klik Sahkan
  6. Selesai!

cara tukar nombor telefon mysejahtera

Itu sahaja perkara yang anda perlu lakukan. Tunggu beberapa saat, ID MySejahtera anda telah bertukar kepada yang baru. Tidak perlu melalui Helpdesk