Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Akan Dibuat Mulai 6 September (bkc.hasil.gov.my)

Bayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Akan Dibuat Mulai 6 September Ini Secara Berperingkat

Menurut Menteri Kewangan, Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai 6 September 2021 secara berperingkat.

Menurut laporan Bernama peruntukan yang melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion itu akan dibayar mulai 6 September bagi penerima B40 dan 9 September bagi penerima M40.

Bantuan Khas Covid-19 telah pun diperkenalkan kepada umum menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ketika dibawah tampuk pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Tahun 2021

Bantuan ini adalah dalam bentuk tunai langsung yang disediakan oleh pihak kerajaan yang bertujuan meringankan kos sara hidup dan beban rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19 sehingga akhir tahun 2021.

Ini kerana BKC akan dipecahkan kepada 3 fasa iaitu bayaran Fasa 1 adalah bermula 6 September ini, Fasa 2 pada November dan bayaran Fasa 3 akan dibuat pada Disember 2021.

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada sama ada menerusi permohonan BPR 2021, data JKM, eKasih atau menerusi percukaian (LHDNM)

Terdapat 3 golongan yang layak menerima BKC iaitu kategori Miskin Tegar dan B40 dimana penerima isi rumah atau warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah atau bujang - RM2,500 dan ke bawah.

Manakala kategori M40 dimana perima isi rumah dengan pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 dan bujang - RM2,501 hingga RM5,000

Bayaran BKC Yang Diterima

Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut :

jumlah bayaran bantuan khas covid-19 bkc

Jumlah atau amaun bayaran BKC yang akan dibuat secara berfasa :

fasa bayaran bantuan khas covid-19 bkc

Jika layak, terdapat 2 kaedah bayaran yang akan dilaksanakan iaitu terus ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 atau menerusi akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke link Bantuan Khas Covid-19

FAQ Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

1. Bila dan bagaimana semakan boleh dibuat?

Anda mula boleh semak status di bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC

2.  Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

3.  Saya tidak memohon BPR 2021, adakah saya akan layak menerima BKC?

Penerima BKC adalah merujuk kepada jawapan bagi soalan 3. Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKC.

4.  Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus, adakah saya layak menerima BKC?

Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.

5.  Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

6.  Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Saya ada membuat rayuan BPR 2021 kerana saya telah tidak bekerja. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori B40?

Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC. Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.

7.  Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya layak menerima BKC?

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC