Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Langgan Atau Sewa Filem Astro First Dan Astro Best

Cara Langgan Atau Sewa Filem Astro First Dan Astro Best

Selain rancangan langsung harian, Astro juga ada menawarkan siri filem tempatan dan antarabangsa menerusi Astro First dan Astro Best. Anda kini boleh mula langgan dan sewa filem kegemaran anda.

Berbeza dengan pakej yang Astro tawarkan seperti pakej family, pakej sukan, pakej movies dan sebagainya berbanding dengan Astro Pay-per-view ini dimana anda hanya bayar untuk sebuah kandungan filem sahaja.

Terdapat 2 jenis kandungan filem yang ditawarkan iaitu filem tempatan atau filem exclusive menerusi Astro First atau filem antarabangsa menerusi Astro Best.

Kecuali filem exclusive tayangan Astro First, kandungan filem tempatan dan antarabangsa akan memasuki rangkaian Astro ini selepas beberapa minggu atau beberapa bulan ditayangkan di panggung wayang.

Jadi selepas habis tayangan di wayang, barulah ianya akan memasuki rangkaian Astro sama ada Astro First atau Astro Best dan anda boleh mula langgan serta sewa filem-filem tersebut dan tonton di kaca tv rumah.

Astro First Dan Astro Best

Dengan Astro First, anda boleh nikmati kandungan filem tempatan dan filem exclusive yang hanya dimainkan di Astro sahaja. Harga yang ditawarkan adalah RM15.00 per filem untuk tontonan selama 48 jam dan sebanyak 12 waktu tayangan dimainkan.

Selain itu, anda juga boleh saksikan pada bila-bila masa dan dimana sahaja melalui On Demand atau strim di Astro Go dan Ultra Box.

Manakala Astro Best menawarkan kandungan filem antarabangsa dengan tawaran harga RM12.00 per filem dan RM14.00 untuk UHD. Sama juga, tontonan adalah selama 48 jam dan sebanyak 12 waktu tayangan dimainkan di tv.

Juga boleh saksikan secara On Demand pada bila-bila masa beserta strim melalui aplikasi Astro Go atau Ultra Box

Cara Langgan Atau Sewa Filem Di Astro First Dan Astro Best

Terdapat 6 cara untuk anda sewa mana-mana filem di Astro First dan Astro First.

Cara 1: Menggunakan Whatsapp

  1. Pergi ke channel 480 (Astro First) atau 481 (Astro Best)
  2. Cari filem yang anda minat untuk sewa dan tekan butang 'OK' pada remote Astro
  3. Dapatkan 'movie code'
  4. Kemudian whatsapp kod tersebut di talian 03-9543 3838
  5. Masukkan 'nombor smar card' anda'
  6. Taip 1 untuk pengesahan
  7. Ikut arahan seterusnya
Cara Langgan Atau Sewa Filem Astro First Dan Astro Best

Cara 2 : Secara SMS

  1. Pergi ke channel 480 (Astro First) atau 481 (Astro Best)
  2. Cari filem yang anda minat untuk sewa dan tekan butang 'OK' pada remote Astro
  3. Dapatkan 'movie code'
  4. Kemudian SMS kod tersebut ke 32999
  5. Ikut arahan seterusnya

    Cara Langgan Atau Sewa Filem Astro First Dan Astro Best

Cara 3 : Menggunakan Astro PVR

  1. Tekan pada butang 'Home' di remote Astro
  2. Pilih 'On Demand' dan tekan 'OK'
  3. Cari 'Store' dan kemudian pilih filem atau siri yang anda kehendaki
  4. Pilih 'Buy' dan masukkan kod pin

Cara 4 : Menggunakan Ultra Box atau Ulti Box

  1. Tekan pada butang 'Home' di remote Astro
  2. Pilih Store tab
  3. Cari filem atau siri yang anda nak tengok
  4. Tekan 'Rent' dan masukkan kod pin

Cara 5 : Menerusi website Astro Go

  1. Pergi ke halaman https://astrogo.astro.com.my/
  2. Buat Astro ID jika belum. Jika sudah, teruskan Login seperti biasa
  3. Kemudian pada bahagian 'Store' cari 'New Release: Astro Best' atau New Release: Astro First'
  4. Tekan 'Rent' dan masukkan kod pin

Cara 6 : Menerusi Aplikasi Astro Go

  1. Download terlebih dahulu aplikasi Astro Go daripada Play Store atau App Store
  2. Buat Astro ID jika belum. Jika sudah, teruskan Login seperti biasa
  3. Kemudian pada bahagian 'Store' cari 'New Release: Astro Best' atau New Release: Astro First'
  4. Tekan 'Rent' dan masukkan kod pin

*Jika anda belum tetapkan kod pin, anda masukkan kod 0000

Jadi selepas beberapa saat anda boleh mula tonton filem kegemaran yang anda sewa itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Astro First dan Astro Best, boleh layari laman web Astro atau KLIK SINI.