Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara tambah (add-on) siaran dan pakej Astro secara online

Cara tambah (add-on) siaran dan pakej Astro secara online

Bagi pengguna Astro, jika anda rasakan siaran Astro tidak cukup atau anda ingin tonton siaran lain, anda boleh sahaja tambah atau add-on terus yang boleh dilakukan secara online sahaja. Ini caranya.

Pada awalnya, kita perlu memilih pek Astro mengikut siaran atau bajet yang kita mahu. Astro menyediakan pelbagai pek seperti pakej Startet pack, Value Pack, Superpack dan banyak lagi. Jadi dalam pakej-pakej ini adalah diletakkan pek filem, news, kanak-kanak dan bermacam lagi.

Tetapi mungkin pek yang anda pilih tiada siaran yang anda mahu ketika buat tempahan, tapi jangan risau, anda boleh sahaja add-on siaran yang anda mahu tersebut pada bila-bila masa sahaja.

BACA

Astro setakat ini menyediakan 2 cara yang anda boleh lakukan bagi membuat penambahan siaran pek baru iaitu secara online di website Astro atau dibuat melalui siaran 200 di Astro. Kali ini, adalah untuk add-on secara online.

Cara add-on pek Astro baru secara online

Mungkin sekarang anda ambil Starter Pack dimana tiada saluran sport. Tengah musim Olimpik kemudian EPL musim 2021 pula. Jadi anda perlu tambah Sport Pack. Ini caranya

Cara tambah (add-on) siaran dan pakej Astro secara online

  1. Anda perlu pergi ke laman web Astro di www.astro.com.my dan login akaun Astro seperti biasa.
  2. Kemudian pada halaman utam, pergi tab "My Account > Manage Account"
  3. Anda akan dibawa ke halaman akaun Astro anda. Pada ruangan "Account Summary > klik Add ons"
  4. Pilih "A-LA-CARTE" dan cari pek atau siaran yang anda ingin tambah. Seperti contoh Sport Package. Kemudian klik "Buy"
  5. Akan dipaparkan harga bulanan tambahan pakej tersebut tidak termasuk caj SST. Jika setuju, klik "Confirm"
  6. Selepas 10-15 minit, pakej tersebut telah berjaya di tambah dan anda boleh terus menonton siaran tersebut

Jika anda ada sebarang permasalahan apa-apa berkaitan Astro, boleh hubungi pihak mereka dibahagian Contact