Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Pindahkan Shopee Coins Kepada Pengguna Lain Di Shopee Malaysia

Cara Pindahkan Shopee Coins Kepada Pengguna Lain Di Shopee Malaysia

Mungkin anda rasa dah terlalu banyak Shopee Coins yang anda kumpul sehingga hari ini. Jadi anda berfikir untuk kongsikan coins tersebut kepada orang lain. Ini caranya untuk anda hantar atau pindahkan (transfer) Shopee Coins kepada pengguna Shopee lain.

Shopee telah menyenaraikan beberapa cara untuk anda dapatkan Shopee Coins antaranya adalah denga setiap pembelian yang berjaya, komen feedback, check-in aplikasi, referral dan beberapa lagi.

BACA : 6 Cara Kumpul Dan Dapatkan Shopee Coins

Jadi disebabkan itulah, anda kini sudah mengumpul banyak Shopee Coins yang akhirnya akan hilang sekiranya tidak digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas coins diterima. Mungkin anda sudah tidak mahu shopping untuk dalam masa terdekat.

Bagi mengelakkan pembaziran sedemikian rupa, sebenarnya anda boleh je share atau kongsi Coins tersebut dengan mana-mana pengguna Shopee yang berdaftar iaitu dengan hantar coins tersebut kepada mereka.

Shopee mengumumkan anda boleh lakukan transaksi sebanyak 20 kali sehari iaitu dimana boleh terima atau pindahkan sehingga 1000 coins. Pastikan coins tersebut sekurang-kurangnya mempunyai 1 bulan tarikh luput.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh tukar Coins kepada duit atau wang ringgit sebaliknya mungkin anda boleh jual kepada pengguna lain dengan berurusan sendiri.

Mungkin bagus untuk seller sebagai penghargaan dan terima kasih kepada buyer. Anda boleh hadiahkan kepada mereka setiap kali mereka beli di kedai Shopee anda. 1 coins bernilai 1 sen, 100 coins bernilai RM1.

Cara Pindahkan Shopee Coins Kepada Pengguna Shopee Lain

Anda boleh hadiahkan Shopee Coins anda kepada mana-mana pengguna Shopee baik seller atau buyer melalui Chat. Tapi pastikan pengguna sudah mendaftar nombor telefon sebelum menggunakan ciri ini.

  1. Klik link sini Shopee
  2. Kemudian buka Chat Room, cari rakan anda, klik butang + dan pilih 'butang Coins'
  3. Pilih 'jumlah Shopee Coins' yang anda ingin pindahkan bersama-sama mesej yang anda ingin sampaikan.
  4. Jika sudah siap, klik 'Send Coins' dan tunggu sehingga pengguna tersebut 'claim' coins tersebut.
  5. Jika anda menerima Coins, anda perlu klik pada butang 'Claim' sahaja. Selesai!
Cara Pindahkan Shopee Coins Kepada Pengguna Lain Di Shopee Malaysia

Tapi anda harus ingat, jika Shopee Coins tersebut tidak di tebus dalam tempoh 24 jam, ianya akan kembali kepada anda semula.

Jadi kepada yang banyak sangat coins tu dan tak tahu nak buat apa. boleh transfer atau share ke admin sikit, KLIK SINI. Diucapkan terima kasih