Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Dan Akses Astro Go (Percuma Untuk Pelanggan Astro)

Cara Daftar Dan Akses Astro Go (Percuma Untuk Pelanggan Astro)

Jika anda pelanggan Astro, sebenarnya anda diberi akses percuma untuk menggunakan Astro Go bila-bila masa dan dimana sahaja. Belum daftar? Ikuti langkah mudah daftar Astro Go disini.

Astro menyediakan sebuah aplikasi on-the-go yang diberi nama Astro Go untuk semua pelanggannya. Aplikasi tersebut boleh dinikmati dan digunakan untuk menonton rancangan kegemaran dan saluran melalui telefon, tablet dan juga komputer.

BACA : Cara Langgan Atau Sewa Filem Astro First Dan Astro Best

Anda boleh akses dimana-mana sahaja dalam Malaysia serta pada bila-bila masa secara percuma. Selagi mana, anda melanggan mana-mana astro pek, anda boleh gunakan Astro Go. Tiada langganan, tak boleh guna Astro Go.

Kandungan yang ada dalam Astro Go adalah sama seperti apa langganan pek anda termasuk tontonan secara On Demand. Anda boleh tengok live channel, buat rakaman, tonton siaran langsung dan sebagainya.

Astro Go boleh digunakan dalam 4 peranti serentak dalam satu-satu masa menggunakan Astro ID yang sama. Jadi anda perlu dapatkan Astro ID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut.

Cara Daftar Dan Dapatkan Akses Astro Go

Anda boleh download atau muat-turun aplikasi Astro Go melalui Play Store atau App Store secara percuma. Selain itu, boleh juga dapatkan akses menerusi laman web di astrogo.astro.com.my

Daftar Astro ID

Untuk menggunakan Astro Go, anda perlu mempunyai Astro ID terlebih dahulu dan kemudian barulah anda boleh Login menggunakan ID yang telah didaftarkan tersebut.

  1. Pergi ke laman web https://id.astro.com.my/
  2. Kemudian klik pada 'Create Now"
  3. Masukkan nama, emel atau nombor telefon beserta password
  4. Kemudian masukkan pula nombor MyKad pemegang akaun Astro diikuti nombor akaun Astro (10 digit) atau nombor smartcard (12 digit)
  5. Masukkan verification code yang dihantar pada telefon atau emel anda
  6. Selesai!

Akses Astro Go

Jadi anda kini boleh dapatkan akses Astro Go dengan Login menggunakan Astro ID anda tersebut menerusi aplikasi Astro Go atau di laman web astrogo.astro.com.my

cara login astro go

Akses Astro Go

Jadi selain menonton di tv, anda kini boleh tonton secara on-the-go dimana-mana dan bila-bila masa sahaja menggunakan Astro Go. Tak perlu lagi berebut remote dengan orang lain untuk nikmati cerita kesukaan anda.