Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Bayar Bil Akaun Astro Secara Online

Cara Bayar Bil Akaun Astro Secara Online

Bagi pelanggan Astro yang tidak tahu lagi, sebenarnya pihak Astro ada menyediakan pelbagai cara dan kaedah bagi membayar bil bulanan sama ada secara online mahupun offline. Ada caj tambahan dan tiada caj dikenakan.

Anda boleh pilih kaedah mana yang bersesuai dan paling mudah untuk anda buat bayaran bil bulanan Astro. Jika anda rasa rajin untuk buat bayaran di 7-eleven, anda boleh gunakannya dan jika anda malas dah nak bayar guna Shopee sahaja iaitu secara online pun boleh.

Yang penting anda buat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum akaun anda digantung. Ini kerana jika anda ingin sambung semula, anda perlu bayar bil tunggakan beserta penalti sebanyak RM20.

Antara kaedah bayaran bil bulanan Astro yang disediakan adalah bayaran secara Auto-debit, Whatsapp, Astro Quick Pay, bayaran di stesen minyak terpilih, kedai serbaneka, kedai telefon, kiosk, e-Wallet dan di cawangan pos laju.

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Dan Offline

Keadah bayaran pertama ini, anda tidak akan dikenakan caj tambahan bagi setiap transaksi. Ini bermakna, anda hanya bayar bil Astro sahaja.

#1 - Auto-Debit

Keadah ini anda boleh perlu pergi mana-mana cawangan customer servis Astro untuk sign-up atau anda boleh mohon sendiri sahaja menerusi pautan ini dan ikut segala arahan yang ditetapkan untuk aktifkan auto-debit

#2 - WhatsApp

Anda boleh buat bayaran menerusi Whatsapp dengan hantar 'Hi' kepada nombo 03-9543 3838 dan pilih no. 3. Kemudian ikut sahaja arahan yang dikeluarkan sehingga selesai

bayar bil astro guna whatsapp

#3 -  JomPay

Anda boleh bayar menggunakan JomPay menggunakan mana-mana akaun perbankan online anda dan masukkan butiran maklumat ini:

  • Biller code : 9639
  • Re-1 : <10-digit nombor akaun astro anda>

#4 - Astro Quick Pay

Layari laman web pay.astro.com.my dan masukkan 10-digit nombor akaun Astro anda dan ikuti langkah seterusnya seperti yang dipaparkan

#5 - Portal Astro Self-Service

Login di Portal Astro Self-Service untuk buat bayaran secara atas talian. Pilih 'Pay Bill' dan ikuti arahan seterusnya. Disini juga, anda boleh semak bil dan bayaran yang telah dibuat sebelum-sebelum ini.

#6 - TV di Saluran 200

Bukan tv Astro anda dan pergi ke saluran CH200. Kemudian pilih 'My Account' > 'Make Payment' dan ikuti langkah seterusnya seperti yang dipaparkan di skrin. SMS kod yang terpapar di tv anda tersebut ke 33777. Tunggu sehingga link pembayaran sampai ke telefon anda untuk teruskan bayaran.

#7 - Aplikasi My Astro

Anda perlu muat-turun aplikasi My Astro daripada Google Play atau Apple App Store secara percuma. Login menggunakan Astro ID anda kemudian pilih 'My Account'. Tekan 'Let's Pay' untuk buat bayaran bil Astro anda.

#8 - Aplikasi Shopee

Klik link Shopee ini dan pergi pada bahagian 'Tickets, Top-ups & Bills". Kemudian cari ikon Astro. Anda hanya perlu masukkan jumlah dan 10-digit nombor akaun Astro anda sahaja.

bayar bil astro guna shopee

#9 - Maybank

Anda juga boleh buat bayaran bulanan bil Astro melalui mesin ATM Maybank atau secara perbankan online di www.maybank2u.com.my

#10 - Public Bank

Untuk Public Bank, boleh bayar di mesin ATM, CDM atau menerusi perbankan onlin di www.pbebank.com

#11 - Bank Simpanan Nasional

Boleh buat bayaran menerusi mesin ATM, CDM, SMS Banking, BSN Ejen Bank Berdaftar (EBB) dan juga perbankan online di www.mybsn.com.my

#12 - Agrobank

Di Agrobank juga anda boleh bayar bil Astro anda sama ada di mesin ATM atau online banking di www.agrobank.com.my

Senarai dibawah ini pula, setiap pembayaran bil Astro akan dikenakan caj tambahan seperti yang ditetapkan oleh pihak agensi tersebut. Antaranya :

  1. POS Malaysia
  2. 7-Eleven, 99 Speedmart menerusi Razer/MOL
  3. Kedai Telefon (RedONE Shop, Mypospay, Runcit Hero, Kiosk, Parcel Hub etc)
  4. e-Pay (Stesen Petrol, Petronas, Shell, BHP, Petron, Caltex, KK Mart, Mydin, Mynews, SenHeng, Hai-O, Giant, TF ValueMart, Billion)
  5. TM Point, Kedai D'mart, Pasaraya Sakan, Pusat Komuniti Desa (PKD)

Jadi anda boleh pilih kaedah mana yang lebih memudahkan urusan anda bagi membayar bil akaun Astro secara bulanan.