Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Nak Henti Langganan (Cancel Subscription) Disney+ Hotstar Malaysia

Cara Nak Henti Langganan (Cancel Subscription) Disney+ Hotstar Malaysia

Bagi pengguna yang telah melanggan Disney+ Hotstar Malaysia seawal hari pengenalan iaitu pada 1 Jun yang lalu dan kini bercadang untuk henti langganan atau cancel subscription. Ini cara dan langkah yang anda perlu tahun.

Disney+ Hotstar telah secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada 1 Jun 2021 yang lalu. Kemasukan tersebut ketika itu disambut baik oleh orang ramai terutamanya yang meminati siri Marvel.

BACA : Cara Daftar Dan Melanggan MUBI Malaysia

Tetapi bukan itu sahaja, Disney+ Malaysia juga menawarkan pelbagai kandungan seperti daripada Disney sendiri, Star Wars, Pixar, National Geographic dan juga filem serta drama melayu tempatan.

Di Malaysia terdapat 2 cara langganan Disney+ Hotstar iaitu bagi pelanggan Astro hanya tambahan RM5 jika mereka langgan Movie Pack Astro dan RM54.90/3 bulan bagi bukan pengguna Astro.

Jadi mengikut garis waktu, jika melanggan seawal 1 Jun 2021, langganan 3 bulan anda akan tamat pada 1 September 2021. Jadi adakah anda ingin teruskan langganan atau ingin henti? Nak tahu caranya, ikuti langkah dibawah

Cara Stop Langganan Disney+ Hotstar Malaysia

Bagi pelanggan yang membuat keputusan untuk unsubscribe, anda perlu tahu bagaimana anda subscribe dan bayar sebelum ini iaitu sama ada menggunakan kad kredit/debit, atau secara internet banking atau Apple App Store Billing.

Cara Stop Langganan Disney+ Hotstar Malaysia

Ini kerana hanya kad kredit/debit dan app store billing sahaja anda perlu cancel langganan kerana ianya adalah autorenew. Manakala internet banking tidak perlu dan ianya akan tamat secara automatik jika sampai tarikh akhir langganan

Langgan Guna Kad Kredit / Kad Debit

Jika anda henti langganan pada bila-bila masa dalam tempoh 3 bulan tersebut, anda masih lagi boleh nikmati kandungan Disney+ Hotstar sehingga tempoh langganan tamat. Jadi jangan risau kalau cancel awal-awal (sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat).

1)  Menggunakan aplikasi telefon

  1. Klik pada ikon profile pada bahagian kanan atas skrin
  2. Klik 'My Account'
  3. Klik pada 'Cancel Subscription'
  4. Kemudian pilih 'Confirm Cancellation'
  5. Anda akan dibawakan kembali kepada halaman akaun anda menunjukkan 'subscription has expired'

2)  Menggunakan Laman Web

  1. Klik pada ikon profile pada bahagian kanan atas skrin
  2. Klik 'My Account'
  3. Klik pada 'Cancel Subscription'
  4. Kemudian pilih 'Confirm Cancellation'
  5. Anda akan dibawakan kembali kepada halaman akaun anda menunjukkan 'subscription has expired'

Langgan Guna Internet Banking

Seperti yang dimaklumkan pada awal tadi. Jika anda membayar menggunakan perbankan internet (maybank2u, cimb click, irakyat dsb), langganan anda akan tamat dengan sendiri jika sudah sampai tarikh 3 bulan tersebut. Tak perlu nak cancel subcription.

Langgan Guna Apple App Store Billing

Jika anda membayar melalui pengebilan Apple App Store, sila ikuti langkah-langkah untuk Apple App Store. Harap maklum bahawa perkhidmatan perlu dibatalkan sekurang-kurangnya 48 jam (2 jam) sebelum tarikh akhir langganan.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Cancel Subcription, boleh layari Help Hotstar.