Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Dan Melanggan MUBI Malaysia

Cara Daftar Dan Melanggan MUBI Malaysia

MUBI antara platform penstriman yang popular di Malaysia. Secara rasminya, anda kini boleh daftar dan melanggan dengan harga RM10 sahaja sebulan.

Dengan langganan ini, tiada gangguan iklan dan seterusnya anda boleh nikmati pelbagai genre filem tempatan dan antarabangsa secara On Demand pada bila-bila masa sahaja.

Disebabkan kini MUBI telah secara rasmi memasuki pasaran Malaysia, semakin hari semakin banyak pilihan kandungan tempatan yang anda boleh tonton sama ada yang baru atau lama (klasik).

Antara filem tempatan adalah Longkai, Chow Kit, Juvana 3, Nota, Mencari Rahmat, Jagat, Sepi, Roh, Bunohan, Kickflip, Cuak, Nur Kasih The Movie, Sinaran dan banyak lagi. Subtitle Melayu pun ada, jangan risau.

Filem tempatan mubi malaysia

MUBI Malaysia akan bawakan filem indah, menarik dan menakjubkan serta filem baru setiap hari dari seluruh dunia untuk tonton anda. Semuanya adalah tayangan secara High Definition (HD)

Berbeza dengan platform penstiman filem yang lain, MUBI ada menyediakan slot Notebook dimana mengenai berita, wawancara, festival dan kritikan terkini bagi sesebuah filem yang disenaraikan.

BACA : Cara Nak Henti Langganan (Cancel Subscription) Disney+ Hotstar Malaysia

Paling best, anda bukan sahaja boleh layan MUBI daripada aplikasi smartphone anda tetapi boleh layan di pelbagai platform. Boleh tonton di PC, Mac, iPhone, iPad, Apple TV, Android TV, Playstation dan juga RokudenSamsung Smart TV anda.

Menarik? Jadi tunggu apa lagi, langgan atau subscribe sekarang dengan mengikuti cara dan langkah-langkah dibawah.

Cara Daftar Dan Langgan MUBI Malaysia

Langganan hanya RM10 sebulan dan peroleh akses sepenuhnya kandungan MUBI. Manakala untuk pakej Pelajar, langganan hanya RM6 sahaja. Pastikan ada email universiti.

  1. Layari laman web https://mubi.com/
  2. Kemudian klik pada butang utama
  3. Daftar terlebih dahulu dengan menggunakan email atau nombor telefon beserta password
  4. Jika sudah, anda boleh buat bayaran sama ada menggunakan bil (maxis, digi), kad debit/kredit dan juga Paypal
  5. Masukkan nama yang akan digunakan dalam MUBI
  6. Akhir sekali, jika sudah, klik 'Start Watching'

Kini anda boleh layan dan nikmati pelbagai rancangan menarik di MUBI Malaysia pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.