Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Dapatkan Logo Merdeka & Hari Malaysia 2021 (Malaysia Prihatin)

Cara Dapatkan Logo Merdeka & Hari Malaysia 2021 (Malaysia Prihatin)

Menjelang sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos pastinya orang ramai tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia.

Untuk tahun 2021, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-64. Selain daripada logo dan tema, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang untuk menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan.

BACA : Cara Download Video TikTok Tanpa Watermak Secara Percuma

Penggunaan logo ini adalah bagi sambutan Hari Kebangsaan dan hari Malaysia 2021 bagi membantu semua pihak dalam usaha mempromosi, menyemarak, memeriah dan meraikan sambutan penuh makna ini.

Dapatkan logo dengan kualiti tinggi (high definition) dibawah

Logo Dan Tema Hari Merdeka 2021

Bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2021, tema dan logo yang digunakan adalah sama seperti tahun 2020 iaitu Malaysia Prihatin.

Rekaan logo berbentu hati dengan warna Jalur Gemilang turut dikekalkan.

Rekaan Logo

logo hari merdeka & hari malaysia 2021

  • LOGO BERBENTUK HATI - Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  • WARNA BIRU TUA - Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  • BULAN SABIT - Islam ada agam bagi persekutuan
  • BINTANG PECAH 14 - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
  • 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI - Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala ringtangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  • STIGMA BUNGA RAYA - Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  • 5 TITIK MERAH - Sebagai simbolik kepada 5 kelopak Bunga Raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Download Logo : 【.pdf】【.png】【.ai

Tema & Rasional Tema

tema hari merdeka & hari malaysia 2021

Seperti pada tahun 2020, pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid-19

  • MALAYSIA - Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19
  • PRIHATIN - Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajian dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Download Manual : 【Muat Turun

Untuk ketahui program-program yang disediakan sepanjang bulan Kemerdekaan ini, anda boleh dapatkan di Merdeka360 di http://merdeka360.my/