Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

YES Prihatin : Cara Tebus Telefon Pintar Percuma Khas Untuk B40

Cara Tebus Dan Dapatkan Telefon Percuma Daripada YES Prihatin

Kerajaan telah mengumumkan program Jaringan Prihatin dimana rakyat akan menerima subsidi telefon pintar dan juga data internet. Antara syarikat yang terlibat adalah daripada YES yang menawatkan telefon percuma.

Program ini adalah khusus kepada rakyat dalam golongan B40 sahaja dan pihak YES akan membuat semakn lanjut terlebih dahulu selepas permohonan anda diterima. Ianya bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000

Jika layak, anda akan menerima sebuah telefon pintar (smartphone) secara percuma beserta data internet percuma tanpa apa-apa bayaran. Dengan itu, boleh la anak-anak anda untuk jalani PdPR dengan baik.

Tidak cukup dengan itu, pihak YES juga akan menawarkan ganjaran ekstra dalam bentuk baucer ShopeePay bernilai sebanyak RM50 apabila anda membuat bayaran dengan eWallet ShopeePay.

Jadi jika layak dan berminat, anda boleh mohon sekarang hanya menerusi aplikasi Shopee sahaja. Ikuti langkah seperti dibawah

Cara Tebus Dan Dapatkan Telefon Percuma Daripada YES Prihatin

Promosi ini masih berjalan dan segera buat permohonan bagi mendapatkan sebuah telefon pintar secara percuma. Anda akan ditawarkan sama ada telefon Altitude 3 atau 4 dan juga yang terbaru TCL L7.

Langkah 1 : Pergi ke halama YES Prihatin di aplikasi Shopee atau KLIK DISINI

Cara tebus telefon percuma yes prihatin

Langkah 2 : Kemudian cari dan klik butang "Tuntut Sekarang"

Langkah 3 : Isikan butiran anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda tersebut

Cara tebus telefon percuma yes prihatin

Langkah 4 : Akhir sekali, tunggu status permohonan anda. Jika berjaya, anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari YES. Akan dihantar terus ke rumah anda.

Anda tidak perlu bayar apa-apa pun untuk program YES Prihatin ini. Jika sudah dapat telefon tersebut, anda terus boleh gunakannya dan tak perlu pulang semula pun selepas ini.

Diharap dengan bantuak kerajaan menerusi program Jaringan Prihatin ini dapat meringankan beban keluarga dan ibu bapa terutamanya bagi anak-anak yang perlukan sebuah peranti untuk kelas online mereka sepanjang PdPR