Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kini Lebih Mudah. Ikuti Langkah & Cara Bayar Hutang PTPTN Menggunakan Shopee

Cara Bayar Hutang PTPTN Menggunakan Shopee

Kini terdapat satu lagi kaedah untuk anda buat bayaran semula hutang PTPTN iaitu menggunakan Shopee. Pastinya tugas anda lebih mudah ditambah untuk langsaikan hutang pelajaran anda.

Terdapat banyak kaedah untuk bayaran semula hutang PTPTN ini seperti bayar menggunakan perbankan online, mobile web mypay, ewallet Boost, Razer Cash @ 7-eleven dan banyak lagi.

Dengan penambahan satu lagi kaedah ini, membuatkan kerja anda lebih mudah tambah lagi rasanya kini hampir setiap penduduk Malaysia ada aplikasi Shopee dalam telefon pintar kan.

BACA : Cara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Untuk Tahun 2021

Jadi selepas ini, jika anda ingin menggunakan Shopee untuk pembayaran semula hutang pendidikan PTPTN anda, ikuti langkah yang disediakan dibawah ini.

Cara Bayar Hutang PTPTN Menggunakan Shopee

Ciri pembayaran hutang PTPTN ini hanya boleh dilakukan menggunakan aplikasi Shopee sahaja, di laman web tidak boleh.

1.  Buka aplikasi Shopee dan pergi "Tickets, Top-ups & Bills > PTPTN (dibawa kategori Bills)" atau klik disini.

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

2.  Terdapat 3 pilihan bayaran yang disediakan :

  • Bayaran Balik Pinjaman (PTPTN)
  • SSPN-i
  • SSPN-i Plus

Pilih "Bayaran Balik Pinjaman (PTPTN)"

3.  Masukkan nombor MyKad dan klik Check Account untuk pengesahan

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

4.  Pilih akaun yang anda ingin buat bayaran serta masukkan jumlah bayaran dan klik "Continue"

  • Jumlah minima adalah RM10 dan maksima adalah RM999
  • Tambahan caj perkhidmatan RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

5.  Kemudian pada halaman Checkout, anda pilih cara pembayaran menggunakan ShopeePay, kad kredit/debit, perbankan online atau kaedah pembayaran biasa yang lain dan klik "Pay Now"

BACA : Cara Bayar Barang Shopee Menggunakan Pembayaran Tunai Di 7-Eleven

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

6.  Telah berjaya membuat pembayaran, PTPTN akan proses bil anda dalam tempoh 3 hari bekerja. Klik "View Order Details" untuk melibat butiran bil anda

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

7.  Klik pada "Order Received" dan klik skrol ke bahagian bawah dan klik "Download My Receipt" untuk melihat resit pembayaran

cara bayar ptptn di shopee tahun 2021

Selain membayar hutang PTPTN, anda juga boleh bayar bil SSPN menerusi Shopee berapa banyak anda mahu. Ikuti arahan yang disediakan sehingga selesai.

Untuk maklumat lanjut atau tidak faham berkaitan pembayaran hutan PTPTN di Shopee, anda boleh rujuk Shopee Helps