Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara mohon kad kredit Shopee Maybank menggunakan Shopee

Cara mohon kad kredit Shopee Maybank menggunakan Shopee

Maybank telah jalankan kerjasama bersama Shopee bagi mengeluarkan sebuah kad kredit dipanggil Maybank Shopee Credit Card. Jika berminat, anda kini boleh mula mohon.

Pada Jun yang lalu, Shopee telah menyambut ulang tahun pertamanya bersama Maybank bagi penghasilan kad kredit tersebut dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik.

BACA : Ikuti Langkah & Cara Bayar Hutang PTPTN Menggunakan Shopee

Tetapi sebenarnya bukan ketika 1st anniversary sahaja mereka tawarkan ganjaran tetapi setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun selagi mana anda berbelanja menggunakan kad kredit tersebut di Shopee.

Antara tawaran dan ganjaran daripada Maybank Shopee Credit Card:

  • Baucer eksklusif Shopee bagi setiap kempen (9.9, CNY, Raya, 11.11 & 12.12)
  • 5000 coins percuma sebagai hadiah permulaan
  • Tiada yuran tahunan
  • Peroleh lebih coins berbanding pembayaran biasa

Semua ini anda boleh dapat sekiranya berbelanja di Shopee menggunakan kad kredit Shopee Maybank tersebut. Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan ganjaran yang ditawarkan, boleh pergi ke halaman eksklusif Shopee.

Cara mohon kad kredit Shopee Maybank menggunakan Shopee

Sebenarnya terdapat 2 cara permohonan kad kredit ini iaitu melalui website Maybank sendiri atau menerusi Shopee.

Syarat permohonan :

  • 21 - 65 tahun (Principal card)
  • 18 - 65 tahun (Supplementary card)
  • Pendapatan tahunan sebanyak RM24,000

Jika layak, anda boleh terus mohon dapatkan Shopee Maybank Credit Card dengan mengikut langkah dibawah. 

  1. KLIK DISINI untuk teruskan pembelian seperti biasa bagi simbolik permohonan kad kredit Shopee Maybank dengan harga RM1. Bayaran tersebut akan ditukarkan kepada Baucher Shopee yang anda boleh gunakan pada bila-bila masa selepas ini. Secara asasnya, permohonan adalah PERCUMA!
  2. Selesai buat pembelian, pergi pada "Notifications > Shopee Updates" dan klik pada logo Maybank
  3. Kemudian klik pada "Start Application" dan anda akan dibawa kepada halaman Maybank2u
  4. Isikan borang yang disediakan dengan maklumat diri serta upload dokumen yang disenaraikan untuk pengesahan dan tekan "Submit"

Cara mohon kad kredit Shopee Maybank menggunakan Shopee

Jika layak dan berjaya, pihak Maybank akan hantar kad kredit tersebut terus ke rumah anda secara pos dalam waktu tempoh 3-5 hari waktu bekerja.

Cara aktifkan kad kredit Shopee Maybank

Kad kredit tersebut masih belum boleh digunakan sekiranya ianya tidak diaktifkan terleih dahulu. Anda boleh aktifkan dengan mudah, secara online sahaja

  1. Login seperti biasa akaun Maybank2u anda dan pada bahagian "My Accounts > klik Cards"
  2. Kemudian pilih Maybank Shopee Visa Platinum Card dan klik "Active Card"
  3. Masukkan expiry year yang ada tertulis pada kad kredit tersebut, tik pada I hereby agree... dan klik "Activate"
  4. Jika sudah berjaya, tetapkan pula nombor PIN dengan klik pada "Set Now". Ianya akan digunakan setiap kali buat transaksi
  5. Masukkan nombor pin 6-digit dan ikuti arahan sehingga selesai. Siap!

Cara mohon kad kredit Shopee Maybank menggunakan Shopee

Kini anda boleh mula berbelanja di Shopee dengan menggunakan Shopee Maybank Credit Card untuk mendapat lebih ganjaran setiap hari.