Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara daftar Kursus Kahwin JAIP secara online tahun 2021

Cara daftar Kursus Kahwin JAIP secara online tahun 2021

Dikala pandemik melanda negara, banyak aktiviti yang perlu diadaptasi kepada norma baharu termasuklah Kurus Pra-Perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dilakukan secara dalam talian (online).

Jika sebelum ini, di negeri Pahang kursus kahwin biasanya akan dilakukan dalam masjid atau dalam kelas terutup secara bersemuka antara pengajar dan peserta.

Disebabkan amalan norma baharu yang diamalkan bagi mengekang penularan Covid-19, kursus pra-perkahwinan terutamanya anjuran JAIP diadakan secara online sahaja.

Syarat pendaftaran

Hanya peserta yang telah berjaya berdaftar dan memenuhi keseluruhan syarat sahaja dibenarkan menyertai kursus kahwin ini:

  • Penyertaan adalah terbuka tetapi diutamakan kepada yang akan berkahwin dalam masa terdekat sahaja
  • Telah memiliki tarikh cadangan untuk majlis akad nikah

Jika layak, boleh cepat daftar sekarang

Cara daftar Kursus Pra-Perkahwinan JAIP yang dilakukan secara online

Cara daftar Kursus Kahwin JAIP secara online tahun 2021

Untuk anjuran JAIP, mereka tidaklah melakukan setiap minggu seperti kelas bersemuka sebelum ini tetapi mengikut siri. Sehingga Ogos 2021, kini sudah memasuki siri ke-4.

Bagi siri ke-4 ini, tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2021. Kelas kursus pra-perkahwinan akan diadakan pada 11 Ogos 2021 dari 8 pagi - 5 petang dengan menggunakan aplikasi Zoo Meeting. Bilangan peserta terhad 80 orang sahaja.

Jadi untuk mereka yang ingin daftar dan sertai kursus kahwin anjuran JAIP ini, pastikan anda cepat dan mengikut siri kelas yang ditetapkan. Untuk tahu bila siri kelas seterusnya, boleh rujuk facebook JAIP.

  1. Membuat permohonan kursus secara online di prakahwin.pahang.gov.my
  2. Kemudian membuat bayaran RM80 secara atas talian ke akaun "Kelab Kebajikan Pegawai dan Kakitangan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang nombor 06030000160712 (Bank Muamalat)"
  3. Jika sudah berjaya dalam permohonan, peserta perlu menghubungi whatsapp talian hotline kursus 0179731130 dan lampirkan bukti pembayaran, slip permohonan kursus dan salinan kad pengenalan
  4. Peserta yang berjaya dan diterima penyertaan akan diberikan pautan (link) bagi mengikuti kursus

Kaedah pelaksanaan kursus pra-perkahwinan adalah secara online selama 6 jam 30 minit. Para peserta dikehendaki membuka kamera sepanjang kursus. Ianya dibuat sebagai satu kaedah pengesahan kehadiran.

Sijil dan buku akan dipos kepada para peserta seminggu selepas kursus selesai. Tempoh sah laku sijil adalah seumur hidup.

Sebarang masalah berkaitan kusus, sila rujuk/maklum kepada urusetia bertugas.