Lokasi Bazar Ramadan Temerloh 2022

Lokasi Bazar Ramadan Temerloh 2022

Disini kami kongsikan lokasi senarai Bazar Ramadan Pahang terutamanya di Temerloh. Jadi anda boleh dapatkan juadah buka puasa di Bazar Ramadan Temerloh disini.

Setiap tahun pastinya ramai yang teruja untuk pergi ke bazar ramadan lagi pula tahun ini, Kerajaan membenarkan pengoperasian semula tetapi perlulah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Bazar Ramadan di Temerloh ini setiap kali diadakan pasti meriah dengan pelbagai aneka pilihan juadah yang anda boleh dapatkan untuk berbuka puasa bila masuk waktu Maghrib.

Boleh beli Murtabak, Air Katira, Roti John, Ayam Golek, Kuih Tepung Pelita dan pelbagai lagi. Ingat! jangan membazir.

Kita sedia maklum, di Malaysia, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Pastinya kita akan jadikan Ramadan kali ini lebih daripada Ramadan sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Temerloh

Selain daripada penduduk tempatan, mungkin ada antara anda yang singgah di Temerloh ini untuk berbuka puasa, jadi pastinya tidak tahu lokasi bazar ramadan berdekatan yang beroperasi.

Jadi dalam senarai ini, anda boleh dapatkan 5 lokasi bazar ramadan Temerloh yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan kali ini (sentiasa dikemaskini)

  1. Lurah Semantan
  2. Taman Temerloh Jaya
  3. Bukit Desa Semantan
  4. Lanchang
  5. Kuala Krau

Diharapkan perkongsian lokasi Bazar Ramadan Temerloh 2022 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ini dapat membantu anda bagi mencari lokasi yang anda mahukan.

Semoga dipermudahkan urusan dan Selamat Berpuasa Semua!