Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lokasi Bazar Ramadan Klang 2022

Lokasi Bazar Ramadan Klang 2022

Disini kami kongsikan lokasi senarai Bazar Ramadan Selangor terutamanya di Klang. Jadi anda boleh dapatkan juadah buka puasa di Bazar Ramadan Klang disini.

Setiap tahun pastinya ramai yang teruja untuk pergi ke bazar ramadan lagi pula tahun ini, Kerajaan membenarkan pengoperasian semula tetapi perlulah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Bazar Ramadan di Klang ini setiap kali diadakan pasti meriah dengan pelbagai aneka pilihan juadah yang anda boleh dapatkan untuk berbuka puasa bila masuk waktu Maghrib.

Boleh beli Murtabak, Air Katira, Roti John, Ayam Golek, Kuih Tepung Pelita dan pelbagai lagi. Ingat! jangan membazir.

Kita sedia maklum, di Malaysia, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Pastinya kita akan jadikan Ramadan kali ini lebih daripada Ramadan sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Klang

Selain daripada penduduk tempatan, mungkin ada antara anda yang singgah di Klang ini untuk berbuka puasa, jadi pastinya tidak tahu lokasi bazar ramadan popular berdekatan yang beroperasi.

BACALokasi Bazar Ramadan Kajang 2022

Jadi dalam senarai ini, anda boleh dapatkan 25 lokasi bazar ramadan Klang untuk tahun 2022 yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan kali ini. Akan ada beberapa lokasi yang tutup sehari seperti yang disenaraikan (sentiasa dikemaskini)

Palabuhan Klang

  1. Lorong Haji Umar, Pulau Indah (kecuali Ahad)
  2. Taman Kem, pelabuhan Klang (kecuali Khamis)
  3. Jalan Petola, Kg Raja Uda (kecuali khamis)
  4. Flat Samudera

Pandamaran

  1. Pandamaran Jaya, Jalan 9
  2. Taman Pandamar Indah
  3. Bukit Tinggi Depan Flat Bukit Tinggi, Jalan Batu Nilam 34 (Burgerking)
  4. Pangsapuri Seri Perantau

Klang Selatan

  1. Jalan Sri Sarawak (kecuali Selasa)
  2. Simpang Empat, Sg Udang (kecuali Jumaat & Ahad)
  3. Kg Delek (kecuali Jumaat)
  4. Taman Setia, Johan Setia
  5. Bandar Puteri
  6. Taman Rakyat, Andalas

Klang Utara

  1. Jalan Kluang
  2. Jalan Bukit Kuda
  3. Lorong Musran, Rantau Panjang (kecual Jumaat)
  4. Jalan Keretapi Lama, Batu 4 Jalan Kapar (kecuali Isnin)
  5. Bandar Baru Klang, Jalan Tiara 5 (Hadapan Flat Mawar)
  6. Bersebelahan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman

Meru Dan Kapar

  1. Taman Meru Indah (Hadapan Speedmart 99)
  2. Jalan Paip, Pekan Meru (kecuali Ahad)
  3. Jalan Raja Mokhtar (kecuali Jumaat)
  4. Taman Sg Kapar Indah (kecuali Sabtu)
  5. Taman Cempakasari (kecuali Sabtu)

Diharapkan perkongsian lokasi Bazar Ramadan Klang 2022 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) ini dapat membantu anda bagi mencari lokasi yang anda mahukan.

Semoga dipermudahkan urusan dan Selamat Berpuasa Semua!