Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Lokasi Cawangan NOKO (Kedai 2 Ringgit) Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi NOKO (Kedai 2 Ringgit) Seluruh Malaysia

Kini sudah banyak pilihan untuk anda dapatkan barangan keperluan harian dengan harga 2 ringgit (RM2.1) dan salah satunya adalah di NOKO yang kini sudah dibuka beberapa cawangan di beberapa lokasi.

Mungkin jika kita bercakap tentang kedai harga RM2, kita akan menyebut Eco Shop. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi jenis dan antaranya adalah NOKO.

Jika kedai 2 ringgit lain, mereka menawakan barangan berharga RM2.10 tetapi di NOKO menawarkan barangan hanya RM2.00 sahaja tau. Baik di kedai fizikal mahupun secara online. Tapi ada juga barangan yang ditawarkan sehingga RM5.00 untuk setiap item.

Lebih 10,000 jenis barangan yang disediakan antaranya makanan, barangan mandi, permainan, baran kecantikan, barangan segar, makanan frozen, minuman, barangan dapur dan banyak lagi.

Anda boleh datang sendiri di cawangan berdekatan anda atau beli sahaja secara online menerusi Shopee NOKO RM2 Malaysia yang masih menawarkan harga yang sama.

Lokasi Cawangan Kedai NOKO Seluruh Malaysia

Setakat ini, NOKO berada di 4 buah negeri dan wilayah iaitu Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Waktu operasi adalah dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam

barangan noko malaysia

Pulau Pinang

  • All Seasons Place, Farlim -  6J-2-1, Level 1, All Seasons Place, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru Air Itam, 11500 Penang, Malaysia
  • Sunway Carnival Mall -  3068, Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang 13700 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

Johor

  • UTC Pasir Gudang - Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru, Johor

Selangor

  • Bandar Puchong Utama - Pasaraya HERO, Batu 14 Puchong, Lot PT33946, Jalan BPU 2, 47100 Puchong, Selangor,
  • Taman Dagang Ampang - B01-G, B02-G, B03G, BLOCK B, Jalan Dagang Besar, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
  • Radia Bukit Jelutong - SA 518 Seksyen U8 Utara, Persiaran Arked, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Alam Megah Shah Alam - No. 136, Jalan Kapar 27/89, Seksyen 27, Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor 40400 Shah Alam, Selangor
  • JThe School, Jaya One - Level G, Block J, The School, Jaya One, No. 172A, Jalan Prog Diraja Ungku Aziz, 46200 Petaling Jaya, Selangor
  • Bandar Puteri Puchong - G07, Lot 5452, 5454, 5456, Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Kuala Lumpur

  • Sunway Putra Mall, KL - Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Sunway Velocity Mall - Level 4, Lot 4-01-H, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur
  • Sungai Mas Plaza - Level UG, Lot UGA-01, Batu 5 Jalan Ipoh, Sungai Mas Plaza 51200 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut : Facebook | Instagram | Shopee