Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Dan Ketahui Tarikh Lahir Anda Mengikut Kalendar Islam (Hijri)

Cara Semak Dan Ketahui Tarikh Lahir Anda Mengikut Kalendar Islam (Hijri)

Bila ditanya pastinya kita tahu tarikh lahir sendiri mengikut Kalender Masihi. Tapi bagaimana pula dengan tarikh lahir mengikut Kalendar Islam (Hijri)? Pasti ramai yang tidak tahu.

Sekarang dengan kemajuan yang ada, anda tidak perlu lagi mengira secara manual berkenaan tarikh lahir mengikut kalendar islam, kerana ada caranya yang lebih mudah.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kalkulator secara automatik yang boleh tukar tarikh lahir masihi anda kepada tarikh lahir mengikut kalender islam yang diberi nama Kalkulator Umur Miladi - Hijri (Istilahi)

Cara Semak Dan Ketahui Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam

Selain daripada tarikh lahir, kalkulator ini juga akan mengirakan umur anda secara normal (kalendar masihi) dan juga umur mengikut Kalendar Hijrah.

Selain itu, boleh tahu hari bila anda lahir dan berapa sudah umur anda mengikut bilangan hari

  1. Pergi ke portal rasmi JAKIM di https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=27&pageId=39
  2. Kemudian masukkan tarikh lahir anda (hari, bulan dan tahun)
  3. Kemudian klik 'Tukar'
  4. Akan dipaparkan maklumat tarikh lahir anda mengikut Kalendar Islam

*Kaedah Pengiraan yang digunakan adalah kaedah kiraan istilahi, terdapat kebarangkalian untuk kesilapan lebih sehari, atau kurang sehari

Jadi jika tarikh lahir pada 6 September 1995 apabila ditukar mengikut Kalendar Islam adalah 10 Rabiulakhir 1416 Hijri.

BACA : Cara Semak Keputusan STAM Tahun 2020 Secara Online Dan SMS

Selain itu, akan dipaparkan umur kalendar masihi iaitu 26 tahun, manakala umur kalendar hijri adalah 26 tahun 9 bulan.

Harap membantu untuk mereka yang cari cara semak dan ketahui tarikh lahir dalam mengikut Kalendar Islam (Hijri)