Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mohon Maybank Shopee Credit Card Secara Percuma

Cara Mohon Maybank Shopee Credit Card Secara Percuma

Maybank dengan kerjasama Shopee ada memperkenalkan sebuah kad kredit khusus bagi mereka yang suka berbelanja di Shopee iaitu Maybank Shopee Credit Card.

Setiap kad kredit Maybank mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi anda boleh pilih mengikut jenis perbelanjaan anda seperti kerap menggunakan untuk berbelanja di petrol pum, shopping online, shopping grocery dan dan sebagainya.

BACACara Daftar Akaun Shopee Menggunakan Smartphone

Ciri ini juga ada pada kad kredit Shopee Maybank ini dimana ianya lebih mengfokuskan kepada mereka yang suka shopping online di aplikasi Shopee. Ini kerana terdapat banyak manfaat atau benefit jika anda berbelanja di Shopee guna Maybank Shopee Credit Card ini. Antaranya :

  • Memperoleh baucer khas ketika kempen besar berlangsung (Raya, CNY, 9.9, 11.11)
  • Dapat hadiah 5,000 Shopee Coins
  • Peroleh 2 kali ganda extra shopee coins
  • Peroleh 5 kali ganda extra shopee coins jika berbelanja waktu kempen besar berlangsung
  • Potongan 50% setiap bulan yang ditawarkan oleh seller Shopee Mall
  • Tiada yuran tahunan

Pastikan anda berumur 21 hingga 65 tahun dan berpendapatan RM24,000 setahun sekurang-kurangnya bagi melayakkan anda memohon Maybank Shopee Credit Card ini.

Bagaimana nak mohon? Boleh tengok sini.

Cara Mohon Maybank Shopee Credit Card Secara Online

Terdapat 3 cara online untuk anda mohon Kad Kredit Maybank Shopee ini iaitu menggunakan website Maybank, Ringgit Plus atau menerusi aplikasi Shopee. Jika guna Shopee barulah anda boleh dapat 5000 coins itu secara percuma.

Ini cara untuk anda mohon Maybank Shopee Credit Card menggunakan Shopee:

  1. Anda boleh mohon menerusi pautan Maybank Shopee Credit Card dan klik 'Apply Now'
  2. Kemudian anda buat pembelian 'kad' dengan harga RM1 sahaja. Jangan risau, bayaran tersebut akan ditukarkan semula kepada baucer nanti dan boleh digunakan. Jadi permohonan ni sebenarnya PERCUMA
  3. Jika sudah buat pembelian, pergi ke bahagian notification > Shopee Updates dan klik pada logo Maybank
  4. Klik pada 'Start Application' dan anda akan dibawa ke halaman Maybank2u
  5. Disini anda perlu isi borang yang disediakan dengan butiran peribadi serta perlu upload dokumen yang diperlukan seperti MyKad, Slip Gaji, SSM No Cukai dan sebagainya. Jika sudah, klik 'Submit'

Jika permohonan anda berjaya, pihak Maybank akan maklumkan menerusi SMS atau emel. Penghantaran kad kredit akan dibuat terus ke rumah anda dalam tempoh 3-5 hari.

Cara Mohon Maybank Shopee Credit Card Secara Percuma

Cara Aktifkan Maybank Shopee Credit Card

Sekiranya anda sudah peroleh kad fizikal tersebut, anda perlu aktifkan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Untuk makluman, sebanyak RM6,000 ditetapkan bagi had kredit gabungan.

Terdapat 3 cara untuk anda aktifkan kad tersebut :

Pertama : Aktifkan menerusi Sistem Arahan Suara (IVR) dengan hubungi 03-7949 0708 dan tekan 1 untuk 'Pengaktifan Kad' dan ikuti arahan berikutnya

Kedua : Menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Taip ACTV<ruang><9 angka kod pengaktifan> dan hantar ke 66628 *kod tersebut ada pada kertas kad tersebut

Ketiga : Menggunakan Maybank2u. Login dan pilih tab 'Card'. Pilih kad untuk daktifkan dengan klik pada 'Activate Card'

Selesai!

Dah boleh shopping di Shopee selepas ini dengan tawaran yang pelbagai menerusi Maybank Shopee Credit Card!