Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Dan Mohon 'Free Shipping' Sebagai Seorang Seller Shopee

Cara Daftar Dan Mohon 'Free Shipping' Sebagai Seorang Seller Shopee

Jika anda sebagai Seller bercadang untuk naikkan lagi minat pembeli untuk shopping di kedai Shopee anda, boleh sertai program RM15 dan RM40 Free Shipping. Ikuti langkah dan cara daftar dibawah.

Shopee menyediakan 2 program Free Shipping khas untuk seller iaitu Free Shipping RM40 (FS40) dan juga Free Shipping RM15 (FS15) yang melibatkan beberapa kurier iaitu DHL, Ninja Van, Pos Laju dan J&T Express.

BACA : 3 Cara Buat Duit Secara Online Menggunakan Shopee

Dengan keistimewaan yang diberikan oleh seller ini, pastinya akan menarik minat buyer untuk membeli di kedai anda. Berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dan free shipping atau shopping sekurang-kurangnya RM40 juga boleh dapat pengurangan kos shipping.

Buyer pastinya menjadi seller yang boleh menawarkan harga terbaik untuk mereka dan kalau boleh pastinya kos penghantaran adalah percuma. Ini juga salah satu strategi untuk merancakkan lagi penjualan di kedai Shopee anda.

Jadi jom kita tengok cara mohon program Free Shipping untuk RM15 dan RM40

Mohon Free Shipping RM40 (FS40)

FS40 bukanlah program free shipping sepenuhnya sebaliknya shopee akan memberi rebate atau subsidi sebahagian daripada kos postage.

Ini bermakna, jika seller beli harga RM40 dan guna baucer FS40 di kedai Shopee anda, mereka masih perlu membayar sedikit lagi kos postage tetapi tidaklah terlalu tinggi.

rate free shipping shopee

Untuk FS40 ni, automatik diberi bagi J&T Express dan DHL. Anda tidak perlu mohon, sebaliknya perlu aktifkan sahaja. Caranya:

  1. Pergi ke aplikasi Shopee : www.shopee.com.my
  2. Kemudian klik pada ikon RM15 Free Shipping > Free Shipping Info dan klik pada RM40 MIN. SPEND SIGN-UP

*pastikan anda membaca syarat dan terma dari kedua-dua kurier ini

mohon free shipping rm40 shopee

Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan Free Shipping RM40 ni, boleh rujuk seller.shopee/FS40

Mohon Free Shipping RM15 (FS15)

Program FS15 ini, jika buyer menggunakannya, mereka boleh dapatkan betul-betul free shipping. Pastinya mereka akan beli dan berbelanja di kedai Shopee anda. 

  1. Pergi ke aplikasi Shopee : www.shopee.com.my
  2. Kemudian klik pada ikon RM15 Free Shipping > Free Shipping Info dan klik pada RM15 MIN. SPEND SIGN-UP

*pastikan anda fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Shopee sebelum memohon.

mohon free shipping rm15 shopee

Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan Free Shipping RM40 ni, boleh rujuk seller.shopee/FS15