Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

[Bergambar] Cara Daftar Akaun Shopee Menggunakan Smartphone

Cara Daftar Akaun Shopee Menggunakan Smartphone

Jika anda masih baru menggunakan Shopee, terlebih dahulu anda perlu daftar akaun sebelum membuat apa-apa pembelian dan bayaran. Anda boleh daftar akaun Shopee menggunakan smartphone sahaja.

Shopee antara laman e-dagang terbesar di Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Rasanya siapa je yang tak pernah dengan tentan Shopee, mesti semua tahu akan kewujudannya.

Disinilah anda boleh beli bermacam-macam barangan hanya secara online sahaja. Mudah, murah dan menjimatkan masa. Disini juga anda boleh menjual tau, percuma sahaja. Boleh tengok sini caranya.

Disini anda boleh dapatkan makanan, minuman, barangan keperluan, barang dapur, barangan bilik tidur, baucer percutian, pakaian, barangan elektrik dan elektronik, smartphone, laptop dan banyak lagi.

Tetapi sebelum anda membeli dan menggunakan Shopee, anda perlu terlebih dahulu daftar akaun yang boleh dilakukan menggunakan smartphone sahaja dan pastinya percuma untuk semua orang.

Jadi jom kita tengok cara daftar akaun Shopee dibawah

Cara Daftar Akaun Shopee Menggunakan Smartphone

Sebenarnya terdapat 2 cara untuk daftar akaun Shopee iaitu menggunakan website www.shopee.com.my atau menggunakan smartphone menerusi aplikasi Shopee. Sangat senang dan mudah sahaja

Adalah lebih mudah, jika anda menggunakan smartphone sahaja. Jadi tutorial ini sepenuhnya menggunakan aplikasi Shopee sahaja.

Download terlebih dahulu aplikasi Shopee >> Android | iOS | AppGallery

1)  Jalankan aplikasi Shopee Malaysia > klik Me > Sign Up

cara daftar akaun shopee

2)  Masukkan nombor telefon dan klik 'Next'. Anda juga boleh daftar menggunakan emel, facebook atau emel apple

3)  Lebih mudah menggunakan no. telefon. Kemudian akan dihantar kod verifikasi di telefon anda. Tapi kod tersebut dan klik 'Next'

4)  Seterusnya tetapkan password akaun Shopee anda dan klik 'Sign Up'

cara daftar akaun shopee

Pendaftaran akaun selesai!

Tapi anda perlu tetapkan beberapa perkara sebelum mula membeli di Shopee iaitu Username, akaun bank, alamat kediaman dan aktifkan ShopeePay

5)  Jika sudah selesai, pergi semula ke halaman 'Me' > 'Account Setting' dan klik 'My Profile'

6)  Apa yang penting disini, anda masukkan gambar, nama, username, emel dan nombot telefon sahaja. Yang lain terserah nak masuk atau tidak. Dah selesai, save.

7)  Kemudian pergi semula ke halaman Account Setting dan klik 'My Addresses

8)  Klik + Add a new address dan masukkan semua butiran alamat anda. Alamat inilah yang akan dihantar kepada anda jika anda membeli barang di Shopee nanti. Pastikan tepat. Dah selesai, klik 'Submit'

cara daftar alamat akaun shopee

9)  Kemudian pergi semula ke halaman Account Setting dan klik 'Bank Accounts / Cards

10)  Klik + Add Bank Account dan asukkan butiran akaun bank anda sama ada Maybank, CIMB, BSN, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank dan banyak lagi. Jika sudah selesai, klik 'Next'

*Selain itu, anda juga boleh masukkan kad debit atau kad kredit anda

cara daftar akaun bank shopee

11)  Untuk aktfikan ShopeePay, anda boleh tengok sini cara aktifkan ShopeePay dan upgrade ke akaun premium

Sebelum itu, sebagai pengguna baru Shopee, anda boleh dapatkan wang dan baucer sehingga RM100 melalui program Shopee eDuit iaitu eDuit RM25, baucer RM15 dan baucer ShopeePay Rm60. Caranya:

  1. Klik sini dan tekan 'Join Now' serta masukkan referral username : aiman6991
  2. Pastikan anda sudah aktifkan dan upgrade ShopeePay kepada akaun premium dengan menggunakan MyKad

dapatkan rm100 dari eduit shopee

Selesai! Kini anda boleh mula membeli menggunakan Shopee sebagai buyer atau menjual sebagai Seller.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari help Shopee