Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Baca Buku Online (Ookbee Buffet) Secara Percuma Melalui U-Pustaka

cara baca buku online secara percuma di u-pustaka

Tahukah anda, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyediakan platform untuk dapatkan akses baca buku secara percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui U-Pustaka.

Setakat ini, PNM memaklumkan mereka mempunyai akses lebih 59 juta bahan digital dan lebih 1.2 juta bahan fizikal. Kesemua bahan digital yang disenaraikan dalam pengkala data PNM anda boleh akses secara percuma.

Ianya bukan terhad kepada majalah sahaja, dengan U-Pustaka anda boleh baca novel, baca buku resepi masakan, surat khabar, dapatkan akses jurnal kepada khusus kepada para pelajar, buku ilmiah, buku kanak-kanak dan banyak lagi.

Kesemua ini anda boleh akses menggunakan laptop atau komputer, tablet atau di telefon pintar anda. Boleh baca pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Bagi pelajar sekolah yang PdPR atau pelajar universiti juga sangat sesuai dengan pelbagai kandungan pembelajaran ada

Setiap kandungan bahan digital disediakan oleh pangkalan data yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda ingin baca novel, anda boleh melalui pangkala data Ookbee Buffet, nak baca majalah luar negara, boleh akses melalui PressReader dan PNM Overdrive.

Jika anda ingin dapatkan akses jurnal, boleh pergi kepada J-Gate, Emerald Backfiles, EBSCO Premier Public Library dan banyak lagi

Cara Daftar U-Pustaka Untuk Dapatkan Akses Bahan Digital Percuma

Disebabkan ianya adalah bahan digital sepenuhnya, anda boleh akan dapatkan akses eBook, eLearning, eNews, Audio Book dan banyak lagi.

Untuk dapatkan kesemua akses ini, anda perlu daftar terlebih dahulu menggunakan nombor MyKad. Jadi akses ini hanya diberi kepada warganegara Malaysia sahaja

1)  Pergi ke Portal U-Pustaka di www.u-library.gov.my

2)  Pada halaman utama, anda scroll ke bawah sikit dan cari butang 'Register'

cara daftar u-pustaka

3)  Sebelum mulakan pendaftaran, anda perlu buat pengesahan MyKad. Jadi anda perlu masukkan butiran nombor MyKad, nama penuh (seperti dalam IC) dan klik 'Check Account'

cara daftar u-pustaka

5)  Kemudian, barulah anda masyukkan maklumat diri seperti tarikh lahir, alamat emel, nombor telefon, alamat surat menyurat, latar belakang pembelajaran, sambungan internet dan akhir sekali anda kena tetapkan User ID dan password. Jika sudah selesai, klik 'Register'

User ID dan password inilah yang akan digunakan untuk Login akaun U-Pustaka anda ini

cara daftar u-pustaka

6)  Satu emel akan dihantar kepada anda bagi tujuan aktifkan akaun keahlian U-Pustaka. Klik sahaja link yang diberi tersebut dan SELESAI!

cara daftar u-pustaka

Akses Bahan Digital

Jadi anda dah tak sabar nak baca buku, novel atau majalah secara online, tapi macam mana? Ikut sahaja langkah yang ditunjukkan disini.

Untuk dapatkan kesemua bahan digital yang anda mahu, anda perlulah Login di portal U-Pustaka dan cari 'Online Database' pada bahagian Quick Links di halaman utama portal tersebut. Anda akan dibawa kepada kesemua pengkalan data yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. 

Sebagai contoh, anda nak baca novel, anda boleh cari Ookbee Buffet: All-You-Can Read. Untuk dapatkan akses secara percuma, daftar terlebih dahulu:

  1. Klik pada Ookbee Buffet tersebut
  2. Kemudian klik 'Mohon Disini'
  3. Mauskkan alamat emel sama seperti yang anda daftar pada akaun U-Pustaka tadi dan klik 'Aktifkan'
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun Ookbee dan klik 'Register'
  5. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel anda dan anda perlu klik sahaja link tersebut dan selesai!
  6. Anda boleh akses Ookbee Buffet sama melalui aplikasi di Play Store atau App Store sahaja. Semua bahan digital dalam tersebut adalah PERCUMA!
cara daftar ookbee buffet

Anda cari bahagian Novel, macam-macam tajuk ada. Anda juga boleh baca Surat Khabar atau ePaper, eMajalah, eKomik dan macam-macam lagi.