Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet Secara Percuma (U-Pustaka)

cara daftar akaun ookbee buffet guna u-pustaka

Antara pangkalan data yang menyediakan bahan bacaan secara digital adalah Ookbee Buffet. Jadi mereka yang gemar membaca, ini sesuai untuk anda. Tetapi terlebih dahulu anda perlu daftar dan ini caranya.

Dalam Ookbee Buffet ini terdapat banyak jenis bahan bacaan. Ada eBook, eMagazine, eNews, Novel dan pelbagai lagi. Paling best, kandungannya adalah buku dan majalah keluaran Malaysia.

Jadi kalau anda nak baca majalah Mastika, Impiana, Pancing, Pa&Ma, Al-Islam, Keluarga, iSihat, Rasa, Saji, Maskulin, Remaja, Hijabista dan banyak lagi, yang kesemuanya dalam bentuk eBook. Inilah tempatnya.

Bukan itu sahaja, disini juga anda boleh baca surat khabar digital seperti New Straits Times, Berita Harian, Metro dan Sinar Harian. Kesemuanya adalah keluaran terbaru yang dikemaskini setiap hari.

Tidak cukup dengan itu, Novel pun ada seperti Kasih Ke Syurga, Dekat Di Hati, Jangan Bilang Benci, Rindu Untuk Dia, Cinta Tak Sengaja, Darlingku Minah Angau dan banyak lagi. Ada juga komik, buku motivasi, agama, inspirasi sehinggalah buku pembelajaran.

kandungan ookbee buffet malaysia

Untuk dapatkan kesemua akses bagi setiap kandungan yang ada, anda perlu langgan sekitar RM13.90 untuk akses majalah sahaja atau keseluruhan kandungan sebanyak RM16.90 sebulan atau RM169.00 untuk setahun.

Tetapi sebenarnya khusus untuk rakyat Malaysia anda boleh dapatkan akses secara percuma sahaja iaitu menerusi U-Pustaka yang diuruskan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Anda daftar sebagai ahli U-Pustaka juga secara percuma dan anda dapat akses Ookbee Buffet secara percuma juga. Nak tahu macam mana? Tak perlu bayar apa-apa. Jom daftar terlebih dahulu

Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet Menerusi U-Pustaka

Untuk dapatkan akses percuma Ookbee Buffet, anda perlu jadi ahli atau membership U-Pustaka dahulu dengan daftar secara online sahaja.

  1. Pergi ke portal U-Pustaka di www.u-library.gov.my
  2. Kemudian daftar atau register menggunakan nombor MyKad
  3. Masukkan segala butiran peribadi yang diperlukan terutamanya alamat emel
  4. Ikut arahan sehingga selesai.

Baca : Cara Daftar Akaun Sebagai Ahli U-Pustaka Secara Online

Kemudian jika sudah berjaya daftar, anda perlu daftar akaun Ookbee Buffet pula dengan menggunakan alamat emel yang anda telah daftar di U-Pustaka

1)  Masuk ke portal U-Pustaka semula dan cari Ookbee Buffet atau klik sahaja link ini corporate.ookbee.com/pnm

2)  Klik pada butang 'Mohon Sini'

cara daftar ookbee buffet

3)  Masukkan alamat emel U-Pustaka anda dan aktifkan

cara daftar ookbee buffet

4)  Daftar akaun dengan masukkan nama dan password dan klik 'Register'

cara daftar ookbee buffet

5)  Kemudian pergi ke aplikasi Ookbee Buffet yang anda boleh download daripada Play Store atau App Store

6)  Login menggunakan alamat emel yang sama

7)  Kini anda boleh baca kesemua kandungan secara PERCUMA!

Anda boleh la lepas ni baca buku resepi atau mana-mana novel terus menerusi telefon bimbit anda atau dengan skrin lebih besar di tablet. Untuk laptop atau komputer, anda boleh download software disini dan login seperti biasa.