Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Saksikan Upacara Penutup Paralimpik Tokyo 2020 Secara Langsung (Live)

siaran langsung upacara penutup tokyo 2020

Selepas hampir 2 minggu temasya Paralimpik Tokyo 2020 berlangsung kini sudah tiba sampai ke hari terakhir dan sekali gus mengadakan Upacara Penutup yang boleh disaksikan secara langsung.

Dengan lebih penglibatan 4000 atlet dalam 22 jenis sukan yang melibatkan 539 acara kini akan menutup tirai secara rasminya pada 5 September 2021.

Upacara Penutup akan diadakan di Stadium Olimpik sama seperti ketika upacara pembukaan sebelum ini yang pastinya tiada kehadiran penonton.

Kontinjen Malaysia kali ini cemerlang apabila capai sasaran 3 pingat emas seperti yang disasarkan sebelum temasya bermula yang menjadikan keseluruhannya 5 pingat termasuk 2 pingat perak.

  • Bonnie Bunyau (Angkat Berat) - Pingat EMAS
  • Jong Yee Khie (Angkat Bera) - Pingat PERAK
  • Chew Wei Lun (Boccia) - Pingat PERAK
  • Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki) - Pingat EMAS
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki) - Pingat EMAS

Tahniah kepada atlet yang berjaya merangkup pingat dalam temasya Paralimpik kali ini dan tahniah juga kepada semua 22 atlet yang telah berjuang habis-habisan sebelum ini demi negara Malaysia.

Saksikan Upacara Penutup Paralimpik Tokyo 2020

Jadi untuk penonton yang berada di Malaysia, jangan lupa untuk saksikan Upacara Penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena saluran 801 dan Astro Supersport saluran 813 juga menerusi Astro Go pada 5 September, Ahad jam 7 malam.

Saksikan Upacara Penutup Paralimpik Tokyo 2020

Bagi mereka yang tidak mempunyai siaran Astro, anda juga boleh saksikan secara langsung menerusi Youtube Paralympics Games dengan waktu yang sama.