Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021

Cara Buat Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bermula 15 Jun Ini

Ikuti cara dan kaedah yang ditentukan oleh Kerajaan bagi anda membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk mereka yang gagal dalam permohonan sebelum ini.

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan kini telah menyalurkan BPR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 kepada mereka yang layak pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021 yang lalu. Manakala untuk Fasa 3, pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan September 2021.

Walaubagaimanapun, mungkin ada antara anda yang layak menerima BPR tetapi masih belum di didaftarkan dalam pengkalan data Kerajaan. Oleh itu, Kerajaan berbesar hati mengajak orang ramai untuk membuat permohonan rayuan BPR ini.

Selain daripada pembayaran Fasa 3, Kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan dalam Program PEMERKASA+ pada bulan Mei yang lalu. Melalui program ini, Kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan untuk penerima BPR 2021 sedia ada termasuk kepada pemohon yang lulus rayuan BPR ini.

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021

Permohonan rayuan BPR boleh dibuat melalui 2 cara atau kaedah bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Jika cukup syarat permohonan boleh terus buat permohonan rayuan melalui kaedah berikut

  • Secara online : Layari portal rasmi BPR LHDNM di bpr.hasil.gov.my ATAU
  • Secara manual : Pemohon perlu menghantar borang kepada cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC LDHNM berhampiran

Jika berjaya, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan bulan September 2021 (BPR Fasa 3).

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BPR boleh rujuk di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my/)


sumber : Kementerian Kewangan