Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Tahun 2021

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Tahun 2021

Kepada pelajar yang ingin menyambung belajar untuk tahun 2021, pihak Yayasan Bank Rakyat ada menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi mereka yang layak dalam semua peringkat pendidikan. Ikuti cara mohon disini.

Pembiayaan ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan dan kos sara hidup sepanjang tempoh pembelajaran berdasarkan peringkat pengajian. Jadi para pelajar boleh fokus kepada pelajaran tanpa memikirkan bebanan kos yuran dan kos sara hidup di universiti.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi Yayasan Bank Rakyat boleh diubah kepada Biasiswa penuh sekiranya penuhi syarat yang ditetapkan. Jika tidak, pemohon hanya perlu bayar semula mengikut keputusan akhir atau CGPA bagi setiap peringkat pengajian

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Tahun 2021 Kini Dibuka

Permohonan PPBU ini dibuka kepada 2 peringkat dan setiap peringkat tarikh permohonan adalah berbeza:

  • Peringkat Pertama (Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma)
    • Tarikh permohonan : 14 Jun hingga 30 Julai 2021
  • Peringkat Kedua (Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Sijil Profesional)
    • Tarikh permohonan : 14 Ogos hingga 30 September 2021

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Tahun 2021

Cara Mohon

Semua permohonan bagi peringkat pertama dan kedua boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal Yayasan Bank Rakyat di www.yayasanbankrakyat.com.my kemudian klik pada banner Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU). Kemudian klik 'Register' dan ikut arahan selanjutnya

Bidang Pengajian

  • Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Aviation (License)
  • Keutamaan kepada bidang pengajian berikut:
    • Akaun
    • Banking
    • Business Management
    • Human Resources
    • Ekonomi
    • Media Communication
    • Law
    • Actuarial Science

Syarat Permohonan

Syarat Am

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
  • Hanya terbuka kepada pelajar sepenuh masa di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia
  • Terbuka kepada bidang pengajian yang diiktiraf oleh JPA, MQA

Syarat Khusus Peringkat Pertama

⏵Sijil Kemahiran

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Lulus SPM sekurang-kurangnya 2 kredit termasuk Bahasa Malaysia
  • Tempoh pengajian tahap 1 kepada tahan 3 (bergantung kepada institusi)
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun

⏵Diploma Kemahiran

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Mestilah sekurang-kurangnya memili tahap 2 ATAU lulus SPM (sekuran-kurangnya 2 kredit termsauk Bahasa Melaysia) ATAU peroleh CGPA Sijil Kemahiran 2.75 dan ke atas
  • Tempoh pengajian adalah 3 tahun
  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun

⏵Diploma

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Lepasan SPM yang peroleh sekuran-kurang 5A
  • Tempoh pengajian adalah 3 tahun atau 6 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)

Syarat Khusus Peringkat Kedua

⏵Ijazah Sarjana Muda

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Peroleh minimum CGPA 3.0 pada peringkat Diploma atau Matrikulasi atau STPM atau Jayyid Jiddan/Mumtaz bagi peringkat STAM
  • Tempoh pengajian adalah 4 tahun / 8 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500)

⏵Sarjana

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Pemohon mesti peroleh CGPA 3.00 dan keatas bagi peringkat Ijaza Sarjana Muda
  • Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
  • Jumlah Pembiyaan : Maksimum RM12,000 setahun

⏵Sijil Profesional

  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Pemohon mestilah peroleh CGPA 3.0 dan keatas bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Sehinga RM28,500 untuk 2 tahun

Nilai Pembayaran Semula

Kerana ini merupakan Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU), maka pembayaran balik adalah berdasarkan keputusan CGPA bagi semua peringkat. 

CGPA Diskaun Peratusan Pembayaran Semula
3.50-4.00 100% 0%
3.33-3.49 90% 10%
3.00-3.32 80% 20%
2.75-2.99 50% 50%
2.50-2.74 30% 70%
<2.50 0% 100%

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat, anda boleh rujuk portal YBR bagi program BBPU YBR.