Cara Daftar Dan Menggunakan Smart Order J&T Express (Untuk Pos Barang)

Cara Daftar Dan Menggunakan Smart Order J&T Express (Untuk Pos Barang)

Jika anda ingin pos barang anda menggunakan kurier J&T Express, anda kini tidak lagi perlu secara manual, sebaliknya buat secara online menggunakan Smart Order J&T. Ini caranya.

Sebelum ini jika anda menggunakan perkhidmatan J&T anda perlu tulis tangan sendiri borang pos untuk alamat pengirim dan alamat penerima. Ini pastinya leceh dan melambatkan.

Oleh sebab itulah, kini JnT Express memperkenalkan Smart Order dimana anda hanya masukkan maklumat pengirim dan penerima secara online, kemudian scan barcode, siap segala urusan.

BACACara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laju (Untuk Hantar Barang)

Sebenarnya, J&T Express ada menyediakan 4 cara urusan smart order yang boleh dilakukan secara online iaitu menerusi laman web (weixin.jtexpress.my), aplikasi J&T, facebook dan juga aplikasi WeChat.

Dalam banyak cara ini, paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi J&T Express. Anda boleh berurusan menggunakan telefon bimbit anda sahaja. Download aplikasi dan terus boleh guna.

Cara Daftar J&T Express

Jadi perkara utama sebelum anda menggunakan smart order J&T Express adalah dengan daftar akaun terlebih dahulu. Semuanya adalah percuma sahaja.

  1. Download aplikasi J&T Express di Play Store atau App Store
  2. Kemudian buka aplikasi dan klik pada 'Sign Up'
  3. Daftar dengan menggunakan nombor telefon, masukkan username dan password
  4. Selepas masukkan verification code, anda boleh terus menggunakan smart order J&T Express
Cara Daftar J&T Express

Cara Menggunakan Smart Order J&T Express

Anda bungkus siap-siapa parcel atau barang anda di rumah, kemudian siapkan terus smart order sebelum datang ke mana-mana cawangan J&T terdekat.

1)  Buka aplikasi J&T Express

2)  Kemudian klik pada ikon 'Single Order'

cara guna smart order jnt express

3)  Masukkan semua butiran anda sebagai pengirim (Sender); nama, alamat kediaman, nombor telefon. Jika sudah, klik 'Next'

4)  Kemudian masukkan butiran penerima (recipient); nama, alamat kediaman, nombor telefon. Jika sudah lengkap, klik 'Next'

5)  Masukkan nama barang yang anda ingin pos tersebut pada bahagian 'Description'. Kemudian tetapkan sahaja apa-apa berat lebih kurang. Itu sahaja yang penting. Kemudian klik 'Next'

cara guna smart order jnt express

6)  Semak terlebih dahulu order anda tersebut. Jika betul, anda boleh teruskan dengan klik pada butang 'submit'

7)  Jika sudah lengkap, anda akan diberi barcode dan qr code. Dengan barcode inilah, anda bawa ke cawangan J&T dan pihak mereka akan scan dan kesemua butiran tersedia secara automatik. Anda hanya perlu bayar mengikut berat sahaja.

*Anda boleh dapatkan diskaun bayaran pengeposan J&T Express apabila membeli baucer daripada Shopee terlebih dahulu. Boleh beli SINI.

cara guna smart order jnt express

Jika anda ingin lihat semula barcode atau status penghantaran parcel anda tersebut, semua anda boleh lihat pada bahagian 'Status'

cara guna smart order jnt express

Anda boleh siapakan dalam masa 5 minit sahaja apabila menggunakan smart order J&T Express ini. Memudahkan urusan nak pos barang kan.